Ketika ini, filem Munafik 2 masih lagi hangat diperkatakan apatah lagi rekod pencapaiannya juga terus mencatat satu lagi sejarah perfileman negara.

Hantu Dalam Munafik 1 Dan 2 Sebenarnya Seorang Lelaki Kacak

Jika sebelum ini, kami pernah menulis mengenai pesona sebenar wanita misteri dalam Munafik 2, kali ini kami dedahkan siapakah gerangan di sebalik hantu-hantu yang menyeramkan di dalam filem Munafik. Baik dari filem pertama mahupun kedua, siapa sangka jelmaan hantu-hantu tersebut sebenarnya adalah susuk tubuh seorang lelaki kacak!

Perkenalkan Ahmad Shahidan Izwan Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Iwang Ali. Ketika dihubungi Hangat.com, nama Iwang Ali mula tular di media sosial selepas netizen mula mengetahui mengenai wajah asal hantu-hantu yang menyeramkan di dalam filem Munafik.

Menurut Iwang yang juga seorang juruhebah sambilan sebuah radio swasta terkenal, pembabitannya dalam filem Munafik berlaku secara tidak langsung apabila pada mulanya dia sekadar menemani seorang rakannya menjalani penggambaran filem arahan Syamsul Yusuf ini.

” Pada mulanya kebetulan abang Syamsul memang tengah cari pelakon yang membawa watak hantu dalam Munafik 1 dan waktu itu saya datang menemani kawan saya shooting. Secara tiba-tiba Abang Syamsul datang dan terus menawarkan tawaran ini kepada saya kerana mengganggap dengan ketinggian seperti ini sesuai dengan watak tersebut”

Cabaran Berlakon Di Dalam Sungai Yang Ada Buaya

Ketika ditanya mengenai solekannya pula, jelas Iwang solekan khas yang dikenakan pada tubuh dan wajahnya mengambil masa 4 hingga 8 jam lamanya.

Malah setiap solekan yang dikenakan dihias rapi terutamanya melibatkan babak di dalam air. Tambah Iwang lagi, cabarannya yang paling sukar dihadapi juga di dalam air apatah lagi dia dikhabarkan oleh nelayan setempat bahawa lokasi penggambaran mereka itu mempunyai buaya dan dia dikehendaki menyelam di dalam air bagi menjayakan babak tersebut.

” Saya diberitahu bahawa sungai itu mempunyai buaya dan saya pun tak tahu nak takut dekat hantu atau buaya. Sungai tersebut agak dalam dan berselut ditambah pula kena cekik Abang Syamsul betul-betul.Bagi saya agak mencabar kerana dengan keadaan sungai tersebut pada jam 6 pagi dan risau lehernya akan berdarah terkena kuku saya.

Tak cukup dengan itu, saya dikehendaki melompat dari dalam sungai hingga mencapai lehernya bagi menjayakan babak tersebut. Alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan dengan sempunrna apatah lagi dalam sungai ketika itu terdapat sepotong akar besar yang membolehkan saya berpijak diatasnya untuk melompat dalam babak itu”

Tidak kisah jika selepas ini tawaran yang hampir sama diterima, bagi Iwang rezekinya telah ditentukan dan turut berbesar hati sekiranya diberikan peluang untuk menjayakan watak lain yang lebih besar.

Artikel Sebelumnya17 Tahun Berlalu, Begini Kehidupan Pelakon Meteor Garden Sekarang!
Artikel SeterusnyaAizat Amdan & Kaka Azraff Bakal Mewarnai Filem Gol & Gincu Vol. 2
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress