Drama Taiwan Meteor Garden sememangnya tidak asing dikalangan generasi 2000-an. Ini kerana drama tersebut begitu popular pada era itu. Malah sampai sekarang pun ada yang versi lain yang diberi nafas baru.

Drama yang bercerita tentang seorang lelaki yang kaya raya dilakonkan oleh Jerry Yan yang jatuh cinta dengan wanita dari keluarga sederhana dilakonkan oleh Barbie Shu.

Dari kiri Vanness Wu, Vic Chou, Ken Chu, Jerry Yan

Selain dihalang oleh keluarga, konflik semakin berlanjut kerana ada cinta segitiga. Jalan cerita yang sederhana tapi penuh dengan lika liku ini membuat drama yang berlangsung pada tahun 2001 ini berjaya menarik perhatian ramai orang.

Tak hanya di Asia, kejayaan Meteor Garden juga dikatakan ke berbagai negara di dunia. Selain jalan ceritanya, kejayaan drama yang diangkat dari komik asal Jepun iaitu Hana Yori Dango menaikkan nama pelakon yang lain seperti Jerry Yan yang memegang watak sebagai Dao Ming Si serta Barbie Shu sebagai San Chai.

Setelah 17 tahun berlalu, apa perkembangan para pelakon Meteor Garden sekarang?

Ken Chu yang memerankan karakter sebagai Xi Men di Meteor Garden yaitu cowok playboy yang selalu punya cara jitu untuk menaklukkan hati para wanita.

5Ken Chu – Xi Men

View this post on Instagram

#KenChu #KenZhu #F4

A post shared by 朱孝天/Ken Chu ❤ (@kenchu_15) on

Watak sebagai Xi Men sering membuatkan ramai gadis tergoda dengan wajah tampannya. Hingga kini Ken Chu masih aktif dalam dunia lakonan dan juga bermusik. Dia juga masih membintangi beberapa drama TV dan Filem di Taiwan.

Bukan cuma itu saja, aktor berusia 39 tahun ini juga dikatakan hebat dalam dunia musik dengan mengeluarkan beberapa album serta mengadakan konsert solo di Taiwan, Hong Kong dan juga Jepun.

Kehidupan peribadinya sentiasa mendapat perhatian. Ini kerana Zhu sudah menikah dengan aktres cantik Vivien Han pada September 2016 yang lalu di Nusa Dua, Bali.

4Vanness Wu – Mei Zuo

Vanness Wu memegang watak sebagai Mei Zuo yang selalu menjadi penghubung saat anggota F4 mengalami konflik. Sama halnya dengan Xi Men, Mei Zuo juga digelar playboy namun memiliki kesetiaan yang sangat luar biasa dalam persahabatan. K

ini Vanness Wu juga masih aktif dalam dunia hiburan, tak hanya lakonan, dia juga menyanyi dan menjadi penerbit.

Jejaka berusia 40 tahun ini juga terkenal di arena antarabangsa dengan dengan menjadi juri di Asia’s Got Talent sejak 2015 lalu. Dia juga lebih banyak menghabiskan masa di Amerika dan kini sudah bernikah dengan wanita dari Singapura, Arissa Cho selepas bercinta selama tujuh tahun.

3Vic Chou – Hua Ze Lei

Vic Chou memegang watak sebagai Hua Ze Lei di Meteor Garden iaitu jejaka kacak yang berhati mulia. Dia juga menjadi anggota F4 yang paling sopan dan memiliki tutur kata yang teratur. Sama seperti pelakon yang lain, Vic Chou hingga kini juga masih aktif dalam dunia hiburan sebagai seorang aktor.

Tak cuma itu, aktor berusia 37 tahun ini juga sudah bernikah dengan aktres cantik Reen Yu pada November 2015. Dari pernikahannya itu, mereka dikurnikan seorang anak perempuan.

2Jerry Yan – Dao Ming Si

View this post on Instagram

#jerryyan #

A post shared by Jerry Yan (@jerryyan.liaoyangzhen) on

Jerry Yan memegang watak sebagai Dao Ming Si dikenali dengan sikap paling berlagak dan suka bermewah. Aktor berusia 41 tahun ini juga pernah berlakon  dengan bintang Indoensia Agnez Monica dalam drama TV “The Hospital”.

Bukan hanya berlakon, Jerry Yan yang hingga kini masih aktif dalam dunia nyanyian malah dia  sudah mengeluarkan beberapa buah album.

Kejayaannya dalam dunia hiburan dibuktikan dengan banyaknya penghargaan yang diterima antanya sebagai aktor dan penyanyi terbaik.

1Barbie Shu – San Chai

Untuk watak San Chai, Barbie Shu kini sudah bernikah dengan seorang usahawan berasal daro China, Wang Xiao Fei.

Walaupun hidupnya sudah mewah dengan harta, Barbie tetap aktif ddalam dunia hiburan Taiwan sebagai seorang aktres. Barbie Shu juga sering melayang peminatnya menerusi akaun Weibonya. Hal itu yang membuat aktres berusia 41 tahun masih tetap digemari hingga saat ini.

Dari pernikahannya, Barbie dikurniakan seorang orang anak lelaki dan seorang perempuan.

Artikel SebelumnyaEina Azman Dikecam Gara-Gara Muat Naik Video Bercumbu Di Instagram
Artikel SeterusnyaSiapa Sangka Hantu Dalam Filem Munafik Sebenarnya Seorang Lelaki Kacak!
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.