Kesinambungan filem seram The Conjuringย dan Annabelle , The Nun akhirnya ditayangkan serentak semalam setelah pengikut filem ini sabar menanti akan prekualnya.

IKLAN

Jalan Cerita Tidak Sehebat The Conjuring

Dalam The Nun, ianya bakal menceritakan semula bagaimanakah hantu Valak muncul dan seterusnya menghantui mereka untuk sekian lamanya. Jika diamati secara terus kami boleh katakan Valak di dalam The Nun seperti sudah hilang taringnya malah ada ketikanya pengarah filem ini James Wan seperti terlalu lama menonjolkan wajah Valak untuk sesetengah babak.

Meskipun jalan ceritanya tidaklah sehebat The Conjuring sebelum ini, namun pujian harus diberikan untuk elemen ‘jump scare’ yang kami klasifikasikan sebagai 10 bintang! Kedengaran suara penonton beberapa kali menjerit kerana terkejut dengan babak yang ditonjolkan apatah lagi jika pawagam tersebut mempunyai peti suara yang terbaik seperti Dolby ATMOS dan sebagainya.

BACA  Buat Implan? Bentuk Punggung Madonna Terlihat Aneh Dari Biasa

Sedikit spoiler dari kami, jalan ceritanya dan beberapa babak juga seperti saling tidak tumpah dengan filem Munafik 2 yang kini juga sedang dipertontokan. Barangkali ianya kebetulan semata-mata.

Sinopsis The Nun

Prekual The Conjuring ini mengisahkan tentang seorang paderi Kristian bernama Burke (Demian Bichir) yang berpengalaman mengendalikan kes makhluk halus dan seorang pelatih biarawati bernama Irene (Taissa Farmiga) yang dihantar oleh Vatikan untuk menyelidik kematian biarawati muda di sebuah gereja lama di Rumania.

Kematian yang dipercayai kerana membunuh diri itu telah merungkai satu punca misteri dimana ianya merujuk kepada satu kewujudan makhluk halus yang dikenali sebagai Valak menjelma dalam rupa paras biarawati bagi merasuk jasad yang diingininya.

BACA  Valak Kembali Muncul Dalam Sekuel The Nun 2 ?