Filem aksi fantasi Korea arahan Huh Jong-Ho ini bakal memberi satu pengalaman menonton yang terbaru buat penonton di tanah air. Memaparkan seekor makhluk misteri yang muncul tanpa diduga, sudah pasti pelbagai elemen bakal mencetuskan suasana panik!

Sinopsis Monstrum

Menampilkan Kim Myung-Min, Lee Hyeri, Choi Woo-Sik dan Kim In-Kwon filem Monstrum mengisahkan mengenai tahun yang ke-22 dari Jungjong Joseon telah ditimpa penyakit dan perasaan takut mula dirasai disemua kawasan. Keadaan bertambah panik apabila terdapat khabar angin mengenai seekor binatang ganas yang berkeliaran di kawasan Gunung Inwangsan yang dipanggil “Monstrum” mula tersebar.

Untuk menghilangkan keadaan gawat, King Jungjong membawa kembali tekad untuk mencari Monstrum. Adakah makhluk, Monstrum sebenar? Atau sebuah imaginasi imaginasi massa yang menakutkan? Adakah rakyat Joseon akan hidup semula dengan selamat? Segalanya terjawab dalam Monstrum!

25 Pasang Tiket Untuk Dimenangi

Ingin menonton filem ini yang terawal dan percuma? Khas untuk pembaca setia Hangat.com, pada 18 September ini (Selasa) jam 9 Malam bertempat di GSC One Utama, kami ingin berikan 25 pembaca bertuah sepasang tiket tayangan perdana filem ini secara percuma!

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu lengkapkan butiran dan soalan berikut untuk melayakkan diri anda dipilih sebagai pemenang.

Syarat Penyertaan

  • Like Facebook Hangat.com, follow Instagram @hangatmalaysia dan twitter @hangatmalaysia
  • Selepas menonton, kongsikan ulasan anda mengenai filem ini di sosial media dan tag Hangat.com beserta #HangatMalaysia
  • Anda dikehendaki mengisi butir-butir diri anda dan menjawab soalan bersama slogan kreatif
  • Sertakan sekali maklumat peribadi seperti nama penuh (seperti dalam kad pengenalan), Nombor IC, Emel dan Nombor Telefon Bimbit.
  • Peraduan ini hanya sah dari sekarang hingga 17 September 2018
  • Seorang hanya boleh menghantar satu penyertaan.
  • Keputusan hakim adalah muktamad.
  • Pemenang dikehendaki datang menuntut tiket filem tayangan pratonton filem di GSC One Utama pada 17 September bermula jam 8.20 malam hingga 8.50 malam.
  • Sebarang kelewatan tuntutan tiket selepas jam 9 malam TIDAK AKAN DILAYAN 
  • Sebarang ketidakhadiran perlu dimaklumkan secepat mungkin