Perkahwinan pelakon Datin Paduka Eina Azman bersama Dato Paduka Kaiser Gurmeet Singh dikurniakan dengan pasangan kembar berlainan jantina iaitu, Karl Kareef dan Arianna Aubrey. Pasangan itu baru-baru ini menyambut ulang tahun ke-empat perkahwinan di Santorini, Greece.

Gambar-gambar dari percutian itu telah dimuat naik ke Instagram oleh Eina. Salah satu dari gambar yang dimuat naik ialah gambar selfie solonya.

Namun begitu, seorang pengguna Instagram menegur Eina, ‘mana Ebby Yus’ dan memberikan komen seolah-olah Eina seorang mata duitan. Namun begitu, komen itu dibidas oleh Eina yang menganggap pengguna Instagram itu busuk hati.

Hangat.com berasa hairan dan pelik kenapa masih ada netizen yang bersikap sebegitu. Setiap orang mempunyai citarasa (taste) yang berbeza. Malah Eina juga pernah menyatakan bahawa suaminya kacak di matanya. Doakan yang baik-baik sahaja yaaa, in shaa Allah.

BACA  [VIDEO] Telefon Bimbit Paling Mahal Milik Eina Azman. Ini Harganya!
Artikel Sebelumnya[VIDEO] Siti Nurhaliza Dedah Penantian 10 Tahun Dengan Penuh Emosi
Artikel Seterusnya[GIVEAWAY] Filem Fantasi Korea Monstrum Untuk Dimenangi
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"