Anak lelaki pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila iaitu Jebat Jayden Ahmad yang baru seminggu dilahirkan itu sudah menjadi perhatian di laman sosial Instagram miliknya yang menggunakan nama @jebatjayden. 

Mana tidaknya, akaun Instagram tersebut yang dibuka tiga hari lalu itu sudah pun mendapat lebih 82.4 ribu orang pengikut ketika artikel ini disiarkan.

Setakat ini, sebanyak enam belas keping foto serta satu video comel Jebat dikongsi menerusi akaun tersebut. Rata-rata pengikut Instagram memuji kecomelan anak pasangan itu selain mendoakan agar Jebat menjadi seorang anak yang soleh.

Sharnaaz dan Nabila yang bernikah pada 31 Mac tahun lalu itu selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada 30 Ogos lalu kira-kira pukul 9.01 pagi di sebuah pusat perubatan di ibu negara. Lebih manis lagi, aktor drama ‘Cinta Bukan Kristal’ ini berkongsi tarikh lahir yang sama dengan anak sulungnya itu.

SUMBERIG @JebatJayden
Artikel Sebelumnya[GIVEAWAY] Filem Fantasi Korea Monstrum Untuk Dimenangi
Artikel Seterusnya[FOTO] Kantoi! Erra Fazira Meraikan Hari Ulangtahun Kelahiran Shahir AF
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"