Patah tumbuh, hilang pengganti. Tiba-tiba dikhabarkan sudah bertemu jodoh dan telah mengikat tali pertunangan baru-baru ini secara senyap dengan seorang jejaka yang bertugas sebagai Pengurus Besar di sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di ibu kota. Kini, pelakon Elfira Loy dihimpit dengan pelbagai persoalan dan kontroversi.

Terpalit dengan pelbagai isu hangat, Elfira mengakui beliau ingin menjelaskan banyak perkara tetapi akhirnya membuat keputusan untuk berdiam diri sahaja kerana apa yang terjadi adalah ketentuan takdir yang sudah tertulis untuknya.

Pada masa yang sama, Elfira yang memuat naik luahan hatinya itu di akaun Instagram meminta agar masyarakat tidak terus menghukum dirinya.

“Allah is the best of planners ✨

“I have so so many things to say in this caption , i keep typing & deleting long caption to explain everything that had happened to me .

“But , i dont see a point of why i have to do that. Allah has tested me so much that makes me a stronger woman and so so patient about everything. I know the right time will come , the right answer that you’re looking for will be revealed. I just need to pray harder.

“Because the only one that can change everything is not you but Allah SWT. To me , if you don’t have anything nice to say don’t say anything .not to please me but to help yourself in the hearafter”, Luah Elfira Loy Ketika Di Paris.

Terdahulu, Elfira didakwa sudah muflis kerana berhutang dengan seorang individu sehingga kes tersebut dibawa ke mahkamah. Ada yang membawang yang beliau hanya mempermainkan cinta teman istimewanya kerana hendak mencari lelaki kaya yang boleh menyelesaikan segala hutangnya.

Belum lagi isu tersebut reda, Elfira ‘diserang’ sekali lagi dengan seorang gadis yang menyindir dan turut menuntut beliau membayar pula hutang adiknya, Ezzrin Loy. Betul atau tidak Hangat.com pun tidak pasti, Allahu a’lam.

Apapun Hangat.com mendoakan agar Elfira dapat mencari ketenangan hidup di Paris dan tabah menghadapi dugaan serta liku-liku kehidupan sebagai seorang selebriti yang terkenal. PEACE!

SUMBERInstagram Elfira Loy
Artikel Sebelumnya[FOTO] Kantoi! Erra Fazira Meraikan Hari Ulangtahun Kelahiran Shahir AF
Artikel SeterusnyaAlhamdulillah, Adira Selamat Melahirkan Cahaya Mata Kedua
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"