Sepertimana yang kita tahu, Syamel ternyata popular dengan rangkaian lagu-lagu balada yang menusuk kalbu. Namun kali ini dia telah mencuba sesuatu yang lebih segar dan tampil dengan lagu yang catchy.

Menerusi single baharunya, Kau Pun Sama, Syamel telah mencipta melodi dan liriknya dari kisah-kisah rakan sekelilingnya. Dipetik dari Utusan, Syamel akui, single baharunya itu banyak dipengaruhi muzik bintang Hollywood, Marc Anthony dan Bruno Mars.

“Semuanya bermula apabila saya menyaksikan konsert Bruno Mars di Malaysia baru-baru ini. Yang saya perasan, dia bukan hanya menyanyikan lagu balada tetapi lagu-lagu rancak yang boleh memberi warna dalam konsert tersebut.

Menurut Syamel, dia memperuntuk selama lima hari dalam studio untuk menghasilkan lagu ini dan dia bersyukur proses rakaman sangat pantas serta berpuas hati. Untuk masa akan datang, Syamel berhasrat mahu hasilkan lebih banyak lagu sebegini dan akan berlatih menari supaya stamina untuk menyanyi sambil menari sentiasa tinggi.

SUMBERUTUSAN
Artikel SebelumnyaAda Sekuel Untuk Filem A Quiet Place?
Artikel Seterusnya7 Foto Cristiano Ronaldo Seksi Separuh Bogel Atas Kapal Layar Mewah
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.