Kisah cinta Zizan Razak dan Mira Filzah memang penuh dengan teka teki. Ini kerana sejak mereka digosipkan pada 2017 lalu, keduanya tak pernah terbuka menceritakan kisah asmaranya kepada umum.

Namun sejak kebelakangan ini hubungan mereka berdua sering mencuri perhatian peminat. Dipetik dari laporan Utusan Online, bila menyentuh hubungannya dengan Mira Filzah, 25, Zizan sedaya upaya cuba mengelak dari dikaitkan dengan isu itu.

“Buat masa ini, belum ada lagi sebarang perancangan serius untuk upacara pernikahan. Saya rasa rakan-rakan media semua faham situasi yang saya maksudkan. Biarlah saya selesaikan satu persatu dan harap diberi sedikit privasi untuk mendiamkan dahulu perkara ini. Jangan risau, insya-Allah bila tiba masa yang sesuai saya akan umumkan kepada semua dan berjanji tidak akan berahsia tentang berita baik itu,” katanya.

Bila ditanya pasal bila nak kahwin, memang stress nak menjawabnya. Orang bujang pasti rimas bila sering ditanyakan soalan ini. Hakikatnya semua orang ingin hidup berumah tangga dan memiliki pasangan. Namun bukan semua yang bernasib baik bertemu jodoh awal. Apa pun itu bukan urusan manusia kerana ia takdir illahi.