Masih ingatkah kita akan serangan teroris ke beberapa lokasi di Amerika Syarikat pada 17 tahun lalu yang dikenal dengan serangan “9/11” atau “ nine eleven” itu? Semalam (11/9/2018) waktu di AS warga AS mengenang kembali serangan oleh jaringan teroris Al Qaeda yang meragut nyawa hampir 3,000 orang itu.

Ketuanya, Osama bin Laden pada awalnya menafikan bahawa dia terlibat, tetapi pada tahun 2004, akhirnya, beliau mengakui bertanggungjawab mendalangi serangan itu.

Tragedi penuh bermakna ini turut mendapat perhatian pelakon dan pengacara Awal Ashaari menerusi Instagramnya. Awal bersama isterinya kini berada di kota New York atas urusan kerja dan kebetulan mereka berpeluang untuk bersama-sama rakyat Amerika mengenang kembali tragedi ngeri ini.

Awal memuatnaik gambar acara ‘Moment Of Silence’ atau bertafakur sejenak mengenangkan peristiwa sedih ini dengan menulis kapsyen.

“I can’t believe it’s been 17 years, since September 11”. #godblessamerica

Namun, keterangan yang ditulis oleh Awal telah disalahtafsir oleh peminatnya. Mereka menganggap Awal sanggup menyokong dan mengkhianati agama kerana tumpang sedih untuk bangsa-bangsa yang membunuh sedara islam.

Memang tak dapat dinafikan, selepas tragedi ini Amerika Syarikat bertindak balas terhadap kejadian ini dengan melancarkan Perang Terhadap Keganasan, menyerang Afghanistan untuk menjatuhkan kumpulan Taliban yang melindungi ahli-ahli al-Qaeda. Perang yang masih berlaku sehingga sekarang telah membunuh puluhan ribu orang, majoriti darinya adalah orang awam.

Serangan Amerika terhadap Afghanistan

Apa-apa pun jangan salah Awal di atas mesej yang disampaikan. Di Amerika juga ramai orang Islam dan berbagai agama yang lain dan mesej ini sebagai ucapan kepada semua yang terkesan dari tragedi ini. Semua orang pun tahu, ribuan manusia yang tak bersalah mati disebabkan kezaliman beberapa pihak yang tiada hati perut.

Artikel SebelumnyaDitanya Soal Upacara Pernikahan, Ini Jawapan Zizan Razak
Artikel SeterusnyaPengarah Gary Dauberman Bocorkan Kisah Dari Filem Annabelle 3
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.