Ibu bapa memainkan peranan yang cukup penting di dalam mencorakkan hidup anak-anak. Tetapi apabila peranan itu tidak diuruskan dengan baik seperti membeza-bezakan anak berdasarkan kepandaian, rupa paras, pencapaian dan sebagainya, ia akan melahirkan generasi yang tidak seimbang.

Inilah menjadi kegusaran bagi segelintir netizen terhadap kenyataan usahawan kosmetik Dato Seri Aliff Syukri yang membanding-bandingkan anak-anaknya.

Menerusi sebuah foto di Instagramnya, menunjukkan Aliff bersama salah seorang anak angkatnya dengan menulis kapsyen,

“kadang2 …anak kandung sendiri tak reti hargai kita.. dan anak angkat yang lebih pandai sygkan kita..”

Kenyataan yang dibuat oleh Aliff ini telah membuatkan ramai pengikutnya membanjiri ruangan komen meluahkan rasa kesal dengan sikapnya. Rata-rata mereka bimbang kalau anak-anak akan baca mesej ini suatu masa nanti dan pasti mereka akan kecil hati.

Tak perlu salahkan sesiapa. Secara jujurnya, tiada ibubapa yang terlepas dari melakukan kesilapan dalam mendidik anak-anak. Sememang tak dapat dinafikan kadang-kala ibubapa tak sedar membezakan anak-anaknya. Mungkin bila salah seorang anak yang lebih rapat dari yang lain, seolah-olah rasa sayang tu akan lebih.

Untuk atasinya, ibubapa boleh cuba memperbaiki tingkah laku agar tidak nampak terlalu ketara membezakan mereka. Sikap anak-anak sebenarnya bergantung pada didikan kita sebagai orang tua dalam mendidiknya. Maka dari itu jadilah orang tua yang cerdas dan bijak.

Artikel Sebelumnya‘Samseng Cap Ayam’- Diana Danielle Beri Amaran Kepada Penyamun Kedai Dobi
Artikel Seterusnya[REVIEW] Bila Langsuir Seksi Berkemban, Filem Seram Jadi Berahi
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.