Pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah menegaskan ura-ura terbaharu kononnya dia bakal bertunang dan berkahwin dengan pelawak Zizan Razak dalam masa terdekat adalah tidak benar sama sekali.

Dipetik dari Utusan Online, Mira berkata, dia dan Zizan masih berkawan rapat tapi soal kahwin tidak difikirkan lagi memandangkan dia sibuk dengan jadual kerja lakonan dan dilantik sebagai Duta Pelancongan Salam Taiwan dari Biro Pelancongan Taiwan untuk tempoh setahun.

β€œTenang-tenang dulu. Kami masih berkawan tetapi tidak ada rancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat. Memang ada yang bertanya soal ini, tapi semua itu harus diketepikan dahulu kerana jadual kerja yang sangat padat. Begitu juga rancangan ke arah itu pun masih belum ada. Berapa lama fasa berkawan pun saya belum ada jawapannya. Saya sekadar mengikut masa.

Walaubagaimanapun, Mira akui dia selesa berkawan dengan Zizan kerana memiliki sifat ikhlas dan telus. Selain itu, Mira menyifatkan Zizan sebagai seorang yang kelakar tetapi ada masanya serius.

Hubungan pasangan itu sering mencuri perhatian umum dengan pelbagai isu sejak mereka berkawan kira-kira setahun lalu. Namun sehingga kini, mereka sentiasa diasak dengan soalan-soalan untuk berkahwin. Sepatutnya, berilah mereka ruang untuk mereka berdua ruang, kalau ada jodoh tak kemana!

Ingat! Perkahwinan bukan semata-mata kata sepakat membuktikan kasih sayang sebaliknya adalah permulaan peranan besar memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri.