Pelakon komedi veteran tanah air Acappan meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang di sisi keluarganya kira-kira pukul 2.43 pagi di Taman Puchong Utama dekat sini.

Acappan mencipta nama bersama-sama dengan beberapa barisan pelakon lain seperti Ali Mamak, Param, Khairul Anuar , Os dan Mustapha Kamal. Mendiang terkenal antara 1970-an dan awal 1980-an dan banyak berlakon filem Melayu dan drama televisyen waktu itu.

Sepanjang hidupnya dalam dunia hiburan, beliau membuatkan orang ketawa dengan lawaknya yang lucu dan bersahaja. Namun ada beberapa hal yang ramai tak tahu tentang perjalanan karier seni Acappan serta suka duka yang melanda hidupnya.

1Membintangi 18 Filem Sejak Tahun 1990

Kali terakhir beliau muncul di layar perak ialah menerusi filem Mamak Cupcake pada tahun 2014 arahan Woo Ming Jin.  Sejak tahun 1990, Acappan sudah membintangi beberapa buah filem, termasuk filem Adik (1990), Mira Edora (1990), O.K (Orang Kampung Otak Kimia) (1990), Sejati (1991), Rimba Malam (1992), Sahabat (1992), Hanny (1993), Simfoni Kasih (1994), Bisikan Cinta (1995), Suratan Kasih (1996), Ghazal Untuk Rabiah (1997), Lagi-Lagi Senario (2001), Iskandar (2003), Gila Bola (2003), Biar Betul (2004), Jin Notti (2009), Vilaiyaatu (2011), Mamak Cupcake (2014).

2Pernah Rakam Album

Foto: Utusan

Acappan pernah merakam album Trio Santan Berlada dan Trio Santan Berlada II bersama Ali Mamak dan Khairul Anuar.

Album itu yang menampilkan irama seperti dangdut, raggae, rock dan pop dirakam dalam bahasa Tamil. Kebanyakan lagu yang dirakamnya itu diambil dari lagu Melayu yang ditukar liriknya Acappan antara artis berbangsa India yang popular dalam dunia hiburan Melayu sejak tahun 1980an dan dicungkil bakat menerusi rancangan siaran RTM iaitu Santan Berlada.

BACA  Jom Jengah Lokasi Pasar Ramadan Kuala Lumpur/Selangor 2016

3Kontroversi Peluk Islam

Sebelum ini Acappan pernah terpalit dengan kontroversi kononnya dia sudah memeluk Islam. Isu ini tersebar selepas foto-foto disebarkan oleh rakannya seorang pelakon veteran, Mustapha Kamal ketika dia menghadiri jemputan berbuka puasa di sebuah surau di Salak Tinggi.

Menurut laporan dari Perak Today, Acappan sendiri telah membuat pengakuan bahawa dia belum lagi bersedia untuk memeluk agama Islam namun dia tak menolak dakwaan dia suka agama Islam dan sedang mendalami agama Islam sejak mula berlakon lagi.

“Ya, saya memang masih tidak bersedia untuk menukar agama tetapi itu kerana saya berasakan masih banyak perkara yang saya perlu benar-benar fahami sebelum mengambil keputusan sebesar itu.

Walaubagaimanapun, Mustapha Kamal melaui wakilnya telah tampil memohon maaf kepada orang ramai kerana menyebarkan berita palsu mengenai Acapan yang sudah memeluk Islam semalam.

Acappan memandang positif tindakan rakannya itu sekadar berkongsi berita baik bersama masyarakat.

“Jika diikutkan, dia (Mustapha) tidak berada di tempat kejadian dan tidak tahu menahu hujung pangkal cerita. Saya ada menghantar pesanan ringkas kepadanya meminta memadam gambar yang dimuat naik di akaun Facebook (FB) miliknya.

“Dia meminta maaf kepada saya atas keterlanjuran itu. Namun, saya tidak menyalahkan dia sepenuhnya. Mungkin lebih baik sekiranya dia menelefon dan menanyakan perkara itu kepada saya,” kata Acappan

5Menyuarakan Kebimbangan Tiada Pelapis Pelawak India

Acappan pernah meluahkan rasa bimbang kerana ketiadaan generasi pelapis pelawak berbangsa India pada hari ini. Menurut laporan dari Mstar, Accapan tidak melihat kemunculan pelawak generasi baru India yang berusaha untuk mencari peluang dan membina nama dalam bidang seni.

“Kalau dari era 70an dan 80an kita dapat lihat pelawak-pelawak seperti Param, diikuti saya dan pada era 90an datang pula pelawak seperti Sathiya, Kenchana Devi dan Rama. Sejak era 2000 saya sudah tidak nampak pelawak India yang betul-betul menonjol. “

Mendiang berasal dari Parit Buntar, Perak pada 27 Januari 1958. Accapan meninggalkan seorang isteri iaitu Yogeswari Subramaniam 53, dan 3 orang anak iaitu Vikneshwaran Samynathan, 31, Dhineshwaran Samynathan, 28, dan Yhuveneshwary Samynathan, 24.

Neelofa dan Yuna Zarai Turut Bersedih

View this post on Instagram

Kenyataan Media Persatuan Seniman Malaysia . Siaran Segera . 14 | SEPTEMBER | 2018 . Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera . Dukacita dimaklumkan bahawa industri hiburan Negara kehilangan seorang lagi pelakon & pelawak berbakat besar tanah air iaitu *Samynathan A/L Rethinam atau lebih popular dengan nama pentasnya sebagai Accapan* pada usia 63 tahun.. . Menurut anak bongsu mendiang, Yhuveneshwary beliau menghembuskan nafas yang terakhir lebih kurang jam 2.43 pagi di rumahnya akibat kegagalan buah pinggang disamping keluarga..Upacara penghormatan terakhir akan dilakukan dirumah beliau sekitar jam 3 petang ini dialamat 12A Jalan PU 3/2A, Taman Puchong Utama 47140, Selangor. . Accapan meninggalkan seorang isteri Yogeswari Subramaniam 53 dan 3 orang anak Vikneshwaran Samynathan, 31 Dhineshwaran Samynathan, 28 Yhuveneshwary Samynathan ,24..Beliau telah banyak berlakon didalam drama dan filem tempatan dengan pelbagai watak yang mencuit hati penonton serta meninggalkan kesan kepada penonton..Pasti peminat akan merindui telatah beliau didalam sitkom popular Santan Belada . Seluruh Kepimpinan Tertinggi dan Exco Seniman Malaysia serta Ahli-Ahli Seniman mengucapkan Salam Takziah kepada keluarga mendiang. . TAKZIAH . *HAFIZ NAFIAH* Setiausaha Agung Seniman 6.00 Am / 14 September 2018 Kuala Lumpur

A post shared by Persatuan Seniman Malaysia (@persatuansenimanmalaysia) on

Beberapa orang selebriti popular seperti Neelofa dan Yuna Zarai turut memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Acappan sebaik mendengar berita pemergian pelawak tersohor itu. Semuanya melahirkan kesedihan dan kehilangan dengan pemergian Acappan.

Walaupun beliau sudah tiada di muka bumi ini lagi, paling pasti rakyat Malaysia tetap akan merindui beliau.

SUMBERMStar Online
Artikel SebelumnyaKarnival 1 Bilion Didi & Friends Yang Menyeronokkan!
Artikel Seterusnya‘Batu Nisan Tak Tulis Si Mati Putih Atau Hitam’- Norish Karman
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.