Obses terhadap kulit putih ini kadang-kadang membimbangkan kerana ia boleh memudaratkan diri sendiri. Produk pemutihan menjadi kegilaan baik lelaki atau wanita yang mahu kulit muka dan badan kelihatan putih kerana bagi mereka putih memberi persepsi menyerlah dan lebih unggul berbanding mereka yang berkulit gelap.

View this post on Instagram

Manusia tugasnya mengejar kesempurnaan, Tidak akan pernah kesempurnaan itu ada pd diri kita, Anggapan sy atau my opinion, Man Proposes ,God Disposes..Yakni manusia itu merancang atau berencana dlm hidupmya utk menggapai kesempurnaan, jadi kesempurnaan itu tidak akan dimilik oleh manusia , Kita manusia mesti faham kesempurnaan itu adalah satu journey,yaitu satu perjalanan,yg kita haris lakukan dgn ikhtiar tapi ingat yer bhw kita tidak akan pernah mencapai kesempurnaan… maka itu kita ada tugasan “AS”,dlm conteks ,ape itu “AS”?? Ikhlas krn dlm keikhlasan tersebut kita akan dpt menerima kita lakukan apepun perkerjaan dgn ikhlas ,dan dgn keiikhlasan tersebut tapi sekali lagi ingat yer, sebagai manusia kita harus terima kita tidak akan mencapai kesempurnaan,kita bole berusaha dgn sekuat2nya dgn sebaik2nya tapi hasilnya semua ditentukan oleh Tuhan yg maha Kuasa…. Jadi LeLaki yg senantiase mencari BiDaDaRi atau seseorang seumpama dgn BiDaDaRi…. Pastikan wahai lelaki menyediakan SyuRGa sbb BiDaDaRi kan tempatnya adalah Syurga atau JaNNaH bukan NeRaKa atau memdampingi lelaki bersifat NeRaKaaa…. #sajekongsitips #coupleygberanganbahagiakejannah #brainyissexynotoOuterbeauty #pencarianKhalifahsempoilagibijak

A post shared by NORISH KARMAN (@norishkarman) on

Ketaksuban untuk kelihatan putih telah menyebabkan ramai antaranya mengabaikan aspek lain yang lebih penting iaitu kecantikan keperibadian. Hal ini turut disedari oleh pelakon Norish Karman yang bimbang  dengan masyarakat terlalu terikut-ikut dengan trend kulit putih sehingga memberi impak negatif pada diri sendiri.

Bagi Norish orang ramai perlu menimba ilmu yang berfaedah daripada taksub untuk dapatkan kulit putih sehingga tersalah guna produk kecantikan yang boleh memudaratkan kesihatan diri.

Berbeza dengan masyarakat di bahagian Eropah, mereka sangat mendambakan wanita berkulit gelap. Bagi mereka warna kulit gelap memiliki sebuah keunikan tersendiri. Mereka menganggap bahawa wanita berkulit hitam terlihat eksotis.

Teruslah percayakan diri, cantik itu subjektif. Tetap menjadi diri sendiri adalah cara yang paling cantik untuk tetap menjadi cantik.

 

BACA  Ajak Bersemuka! Norish Karman Dituduh Kacau 'Datuk Q'
Artikel SebelumnyaPerginya Sebutir Bintang! 5 Kisah Hidup Acappan Yang Mungkin Ramai Tak Tahu
Artikel SeterusnyaPemain Badminton Jonatan Christie Tersenarai Lelaki Paling Kacak Di Dunia 2018
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.