Di laman Instagram, TC Candler memasukkan nama pemain badminton Indonesia,  Jonatan Christie menjadi salah satu calon untuk ‘The 100 Most Handsome Faces 2018′ atau wajah paling kacak di dunia untuk tahun ini.

Sudah pasti Jojo harus bersaing dengan beberapa nama popular dunia mulai dari bintang K-Pop sampailah ke aktor Hollywood.

Setiap tahun TC Candler akan menyenaraikan individu untuk kategori Most Handsome Faces dan Most Handsome Beautiful Faces. Para artis Indonesia pun juga pernah masuk ke dalam senarai ini termasuklah Agnes Monica dan Raisa. Namun tiada wakil dari Malaysia yang tersenarai dalam mana-mana kategori itu.

Jojo akan bersaing menjadi Most Handsome Faces dengan sejumlah nama seperti  Kit Harrington, Benedict Cumberbatch Enrique Iglesias dan ramai lagi nama-nama besar .

BACA  Netizen Kecam Baju Raya Nora Danish Kerana Tak Sopan?