Walaupun digelar biadap, kasar serta derhak kerana kerana panggilan ‘kau’ kepada suami dalam satu video dimuatnaik baru-baru ini, pelakon Syatilla Melvin berpendapat rasa hormat kepada pasangan bukanlah diukur daripada panggilan.

Kata Syatilla, dia dan suaminya, pelakon Shaheizy Sam memahami dan menghormati antara satu sama lain. Malah, hubungan mereka sudah terjalin lebih 10 tahun sebelum berkahwin.

“Kami sudah melalui susah senang bersama dalam tempoh perkenalan yang lama. Jadi, bagi saya, panggilan ‘aku’ dan ‘kau’ bukanlah sesuatu yang harus diperbesarkan.

“Tidak semestinya apabila saya membahasakan diri ‘aku’ dan ‘kau’, itu bermakna saya tidak menghormati Sam sebagai suami.

“Saya tidak menganggap panggilan itu sebagai biadap atau kurang ajar. Ini kerana Sam bukan saja suami, malah kawan baik saya.

“Biarpun panggilan itu dianggap kasar oleh sesetengah pihak, namun sebagai isteri, saya masih tahu menjaga batas. Ia sekadar gelaran mesra kami suami-isteri, bukanlah pengukur kebahagiaan hubungan rumah tangga,” katanya kepada BH Online.

Dakwaan berkenaan timbul apabila Shaheizy Sam memuatnaik video yang menunjukkan Syatilla memanggilnya ‘kau’ membuatkan netizen tidak senang. Ada yang menganggap Syatilla tidak menghormati Sam sebagai suami.

Sam dan Syatilla yang kini sedang hamil anak kedua itu mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata bernama Syeriv Shamheizy.

Bagi pendapat Hangat.com, setiap pasangan mungkin ada cara yang berlainan untuk berkasih sayang dan mungkin ini cara bagi Syatilla dan Sam. Kalau dilihat hubungan pasangan ini juga, mereka nampak lebih bersahaja seperti kawan.

Artikel Sebelumnya5 Sebab Mengapa Anda Perlu Menonton Salon!
Artikel SeterusnyaJustin Bieber & Hailey Baldwin Sudah Berkahwin Khamis Lepas?
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"