Kecoh apabila Justin Bieber dan kekasihnya yang merupakan supermodel, Hailey Baldwin dilaporkan berkahwin secara senyap pada hari khamis lalu.

Kisah perkahwinan mereka menjadi bualan hangat selepas berakhirnya New York Fashion Week. Menurut laporan TMZ, mereka mendapatkan sijil perkahwinan pada hari khamis lalu di New York City courthouse secara tergesa-gesa tanpa pengetahuan ahli keluarga mahupun rakan rapat.

Sebelum ini, pasangan ini memang telah memberikan kenyataan akan berkahwin tidak lama lagi, malah Hailey sendiri telah memberikan bayangan konsep persandingan mereka nanti. Mereka berdua merancang mengadakan majlis persandingan secara besar-besaran penuh tradisi keagamaan. Hailey mendedahkan dia mahukan persandingan bertemankan tropikal di dalam hutan dipenuhi lampu berkelipan.

Hailey dan Justin juga berkata mereka tidak melihat berkahwin di usia muda adalah satu halangan kerana ibu bapa mereka sendiri berkahwin di usia muda. Di saat kisah perkahwinan mereka meletup di laman sosial dan Internet, Hailey memberikan kenyataan di Twitter yang gosip ini hanyalah rekaan semata-mata.

“I understand where the speculation is coming from, but I’m not married yet!”, kata Hailey di Twitternya. Oh, nampaknya semua peminat telah tertipu!

Justin dan Hailey pertama kali bertemu di belakang pentas program TV Today pada tahun 2009, apabila mereka diperkenalkan oleh bapa Hailey, aktor Stephen Baldwin. Mereka kemudian bertemu semula dan bercinta pada November 2014, selepas Justin dan Selena berpisah. Justin juga bercuti bersama keluarga Hailey pada Disember 2015 dan ini menguatkan lagi berita yang mereka sedang bersama.

Hangat.com berharap sangat agar pasangan ini akan menjemput team Hangat.com untuk buat coverage perkahwinan mereka.. ahahhaa, CHINGGGG! #berangan

SUMBERTMZ
Artikel SebelumnyaSyatilla Melvin Dianggap Biadab & Derhaka Kepada Suaminya, Shaheizy Sam?
Artikel SeterusnyaLan Solo Bersyukur Anaknya Tidak Lagi Bibir Sumbing?
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"