Sebentar tadi pengarah filem, Syamsul Yusof mengumumkan bahawa filem Munafik 2 telah berjaya mencatat sejarah selepas memecahkan rekod sebagai filem Melayu paling tinggi kutipan iaitu sebanyak RM40 juta untuk tempoh 17 hari ditayangkan.

Filem lakonan Syamsul sendiri aktres Maya Karin sebagai Sakinah itu mengenepikan filem arahan Mamat Khalid Hantu Kak Limah (HKL) yang mengutip RM35 juta bulan lalu.

Khabar gembira ini telah dikongsikan oleh Syamsul menerusi akaun Instagramnya.

“Mencecah kutipan Rm 40 juta hanya dlm 17 hari tayangan. Suatu fenomena luar biasa sinema Malaysia. Bukan mudah untuk filem Melayu capai ketahap ini. Tsunami filem Melayu. Alhamdulillah & terima kasih. Majulah industri filem Malaysia!”

Pada tahun 2017, sebuah lagi filem dibawah terbitan Skop Production berjudul Abang Long Fadil 2 pernah memecah rekod dengan kutipan RM18.5 juta. Filem araham Syafiq Yusof itu membariskan bintang seperti Zizan Razak, Syamsul Yusof, Datuk AC Mizal, Shuib, Achey, Tania Hudson, Wak Doyok dan A Galak.