Meskipun sibuk dan terikat dengan beberapa program, penyanyi tersohor negara Dato Sri Siti Nurhaliza khabarnya akan melancarkan single terbarunya dalam masa terdekat ini.

Kronologi Sebenar Anta Permana

Siti Nurhaliza menerusi Instagram nya sudah pun memberi beberapa petunjuk mengenai lagu terbarunya itu yang berjudul Anta Permana yang bermaksud ‘tidak terkira’. Menariknya lagi, lagu ini telah mendapat sentuhan komposer dan penyanyi terkenal, Hael Husaini dan Ezra Kong. Disebalik Anta Permana, rupa-rupanya terdapat beberapa kisah menarik disebalik pembikinan single tersebut dan telah dikongsi Siti sebentar tadi.

  • 18 Feb-Hael menyampaikan hasrat kepada pengurusan saya untuk mencipta lagu buat saya.
  • 24 April-Hael bercadang untuk memberikan demo lagu buat saya.
  • 8 Mei-Hael mengatakan mahu menghantar demo tetapi masih segan/takut.
  • 22 Mei-Hael meminta emel pihak pengurusan untuk menghantar demo
  • 29 Mei-Hael dan Ezra akhirnya menghantar demo lagu buat saya
  • 31 Mei-Hael bertanyakan pendapat mengenai demo, saya belum sempat mendengarnya.
  • 6 Jun-Pertama kali saya mendengar demo lagu dan terus tertarik dan bersetuju.
  • 17 Ogos-Sesi rakaman lagu Anta Permana
  • 7 September-Saya ke studio untuk menambahbaik beberapa bahagian dalam lagu.
  • 13 September-Lagu Anta Permana siap sepenuhnya dan saya menerima master lagu tersebut daripada Ezra.
  • Pihak pengurusan menghantar master kepada pihak Universal Music Malaysia untuk edaran.
  • ?????? September- Lagu Anta Permana dilancarkan.

Siti Dedah Sebab Pilih Hael dan Ezra

View this post on Instagram

Kronologi penghasilan Anta Permana-single terbaru saya. 18 Feb-Hael menyampaikan hasrat kepada pengurusan saya untuk mencipta lagu buat saya. 24 April-Hael bercadang untuk memberikan demo lagu buat saya. 8 Mei-Hael mengatakan mahu menghantar demo tetapi masih segan/takut. 22 Mei-Hael meminta emel pihak pengurusan untuk menghantar demo 29 Mei-Hael dan Ezra akhirnya menghantar demo lagu buat saya 31 Mei-Hael bertanyakan pendapat mengenai demo, saya belum sempat mendengarnya. 6 Jun-Pertama kali saya mendengar demo lagu dan terus tertarik dan bersetuju. 17 Ogos-Sesi rakaman lagu Anta Permana 7 September-Saya ke studio untuk menambahbaik beberapa bahagian dalam lagu. 13 September-Lagu Anta Permana siap sepenuhnya dan saya menerima master lagu tersebut daripada Ezra. Pihak pengurusan menghantar master kepada pihak Universal Music Malaysia untuk edaran. ?????? September- Lagu Anta Permana dilancarkan. Tarikh sebenar lagu ini boleh dilanggani di seluruh pelantar digital, nantikan pengumuman seterusnya. #AntaPermana #Singlebaru @haelhusaini @ezrakong. Video: @rasafilm.co

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Seperti yang kita ketahui, lantaran suara penyanyi kesayangan ramai ini sering kali mendapat sentuhan daripada komposer-komposer terkenal. Menerusi posting yang sama, Siti akui agak memilih komposer yang tahu akan lenggok suaranya. Ekoran itu, dia tidak teragak-agak untuk memilih dua komposer ini kerana mereka memberi kebebasan kepada Siti untuk membawa lagu tersebut dengan caranya tersendiri. Rasanya ramai yang tidak sabar menanti single terbaru Siti Nurhaliza bukan selepas Comel Si Pipi Merah?