Semalam telah berlangsungnya Malam Gala Tayangan Perdana filem aksi ketenteraan Paskal The Movie dan Hangat.com berkesempatan untuk menjadi antara yang pertama menonton filem ini sebelum ditayangkan serentak di seluruh pawagam bermula 27 September ini. Menariknya lagi filem ini akan ditayangkan lebih dari 130 pawagam dan akan turut ditayangkan di Turki, Singapura dan Brunei.

Setanding Filem Antarabangsa

Tolak ketepi segala kontroversi yang melanda, kami cuba positifkan fikiran untuk menonton filem ini tanpa membandingkan Paskal dengan mana-mana filem aksi tempatan.

Apa yang boleh kami katakan setelah menonton filem ini, adalah satu kerugian buat anda jika melepaskan peluang untuk menonton Paskal kerana filem ini penuh dengan aksi dan boleh dikatakan hanya 10% sahaja yang melibatkan babak ‘drama’. Tidak keterlaluan jika kami katakan Paskal The Movie setanding dengan filem antarabangsa yang lain. Babak cemas, sedih dan aksi berjaya digarap dengan baik.

Papar Situasi Sebenar

Malah pujian juga harus diberikan buat semua pelakon yang berjaya menjiwai watak sebagai seorang anggota pasukan Paskal sekaligus memperlihatkan pengorbanan sebenar Paskal yang tidak diketahui ramai. Tidak hairanlah kesemua mereka bertungkus lumus mempromosikan filem ini kerana hasilnya begitu menarik sekali. Walaupun begitu, beberapa kesan suntingan CGI mungkin boleh diperkemaskan sedikit lagi bagi menampakkan jalan ceritanya berlangsung dengan baik.

Sinopsis Paskal The Movie

Paskal The Movie mengisahkan tentang Leftenan Komander Arman Anwar, seorang anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) iaitu pasukan elit Tentera Laut Diraja Malaysia. Namun ibunya tidak merestui pekerjaannya kerana ayahnya juga seorang ahli PASKAL yang telah terkorban semasa menjalankan tugas.

Apabila rakan sepasukannya terkorban dan seorang lagi diberhentikan, Arman membuat keputusan untuk berhenti. Namun, dia terhimpit dengan misi terakhir yang perlu diselesaikan. Dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Namron dan Jasmine Suraya Chin.

REVIEW OVERVIEW
Wajib Tonton
Artikel SebelumnyaIsu Hampir Diculik: Hairul Azreen & Ammar Alfian Bakal Bertemu ESSCOM Hari Ini
Artikel SeterusnyaDilengkapi Gym! 5 Fakta ‘Istana Terbang’ Presiden Rusia Vladimir Putin
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress