Pada minggu ini, seorang juara bakal diumumkan menerusi program realiti Big Stage. Sejurus tirai rancangan itu ditutup, pada minggu hadapan Gegar Vaganza 5 (GV5) bakal mengambil tempat dengan menyaksikan 12 bintang kembali menyinar menerusi rancangan realiti kegemaran ramai ini.

Peminat Sudah Menjangka Beberapa Nama Penyanyi

Malah pada hari ini, majlis sidang media program itu akan dilangsungkan sekali gus memperlihatkan senarai 12 peserta Gegar Vaganza 5. Meskipun belum diumumkan secara rasmi, peminat sudah menjangkakan beberapa senarai penyanyi yang akan menyertai GV5 kali ini. Antara nama yang disebut-sebut adalah Mya Matahari, Amelina, Zamani dan Dia Fadila.

Senarai 12 Peserta Gegar Vaganza 5

Menurut sumber terdekat, GV 5 kali ini juga bakal menyaksikan penglibatan penyanyi berkumpulan dan juga duo. Malah antara nama -nama yang disebut-sebut adalah Billy Zulkarnain dan beberapa nama kumpulan yang pernah memeriahkan industri tanah air.

Spekulasi berkenaan diperkuatkan lagi dengan ada diantara mereka yang kini sedang giat berlatih membuat persembahan vokal. Adakah mereka sedang membuat persembahan untuk GV5? Nantikan senarai penuh 12 peserta Gegar Vaganza 5 yang akan diumumkan pada petang ini!

Peserta Gegar Vaganza 5 – Dikemaskini 

  1. Safura
  2. Amelina
  3. Dia Fadila
  4. Hetty Sarlene
  5. Zamani
  6. Shafie Rio
  7. Noryn Aziz
  8. Farawahida
  9. Maya Matahari
  10. Billy Zulkarnain
  11. Kumpulan Forteen
  12. Kumpulan Elite

Penaja Utama 

D’Herbs

Pengacara Gegar Vaganza 5 

Nabil Ahmad dan Jihan Muse

Juri Tetap 

Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim