Seperti yang kita ketahui Cristiano Ronaldo merupakan salah seorang diantara atlet yang terkaya di dunia. Berdasarkan statistik Business Insider, jumlah kekayaan lelaki kelahiran Portugal ini mencapai USD 321,5 juta bersamaan RM 1,332.14 juta bilion.

IKLAN

Kembangkan Perniagaan Dalam Perhotelan

Boleh dikatakan seorang yang bijak, Cristiano bukan sahaja memiliki perniagaan dalam produk penjagaan lelaki, malah pakaian lelaki serta terbaru dalam bidang perhotelan turut dimilikinya. Itu tidak termasuk hasil daripada yang ditaja. Tidak hairanlah dia memiliki begitu banyak aset yang bernilai! Mengenai hotelnya, ini bukanlah hotel pertama yang dimilikinya kerana hotel ini merupakan hotel keenamnya dan bakal beroperasi pada tahun 2021.

BACA  Kes Rogol: Cristiano Ronaldo Diminta Serahkan DNA Untuk Bantu Siasatan

Hotel Terkenal Di Paris

Menariknya lagi mengenai hotel ini yang dikenali sebagai Pestana CR7 Paris Lifestyle Hotel , ianya bakal mendapat sentuhan Cristiano sendiri dan terletak dalam kota mewah, Paris.

Ramai yang menjangkakan ianya bakal menjadi sebuah hotel mewah mahupun eksklusif apatah lagi beberapa gambar rekaannya juga sudah tersebar dan mendapat perhatian meluas seluruh dunia. Dianggarkan, Cristiano telah melaburkan sebanyak 60 juta Euro untuk membangunkan hotel yang mempunyai 210 bilik ini. Sememangnya wow!