Dibawakan khas oleh Warner Music Malaysia, Alec Benjamin bakal tampil membuat persembahan khas di acara final program realiti Big Stage pada Ahad ini, iaitu 23 September 2018.

Ini adalah kali pertama Alec Benjamin membuat showcase di Malaysia dan secara eksklusifnya, Big Stage bakal menerima kunjungan selebriti dari luar negara. Sudah pastinya, diberi peluang untuk membuat persembahan di Big Stage membuka peluang kepada peminat-peminat Alec Benjamin untuk menyaksikan beliau membuat persembahan di acara yang berprestij itu.

View this post on Instagram

If We Have Each Other… Next Friday …. 💔🌎

A post shared by Alec Benjamin (@alecbenjamin) on

Alec juga sangat teruja untuk membuat persembahan di Big Stage pada Ahad ini kerana program Big Stage menampilkan bakat muda yang berentap secara profesional.

Alec Benjamin adalah seorang penyanyi dan penulis lirik yang berumur 24 tahun yang berasal dari Phoenix, Arizona, Amerika

Syarikat ini telah melancarkan single terbarunya yang berjudul “Let Me Down Slowly”. Alec Benjamin terkenal dikalangan peminatnya dengan lagu Paper Crown, The Water Fountain dan End of The Summer.

“Let Me Down Slowly” telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada platform penstriman digital antaranya Spotify, Apple Music, Joox dan KKBox. Single ini telah mendapat 2 juta streaming dalam masa satu minggu sahaja. Manakala Video Muziknya, arahan Matt Swinsky telah mencapai sehingga 4.6 juta tontonan kerana berjaya menambat hati penonton. Dan penggemar muzik.

“Saya selalu berasa janggal di depan kamera jadi saya memutuskan bahawa dalam video muzik ini, saya akan memainkan peranan sebagai pencerita.” kata Alec Benjamin dari video “Let Me Down Slowly”.

“Kebanyakan lagu saya berdasarkan sebuah penceritaan yang spesifik, jadi saya fikir mengapa tidak saya sendiri yang menceritakan kisah itu dan ada pelakon hebat yang membawa cerita itu kepada kehidupan yang sebenar.” sedikit ulasan dari Alec Benjamin sendiri.

“Let Me Down Slowly” yang bergenre pop ini ditulis oleh Alec sendiri, dan turut berkolaborasi bersama Michael Pollack dan Nolan Lambroza. Single ini mengandungi ayat-ayat ‘deep’ yang boleh menyentuh hati seorang wanita. Alec juga berjaya di dalam penulisan lirik yang ditulis oleh Alec sendiri untuk Jon Bellion, yang bertajuk The Human Condition.

“Pengisahan Alec dipenuhi dengan emosi dan sedikit kegelapan yang melalui pop gitar. Dia bukan sekadar ‘popstar’ yang bermain gitar tetapi dia adalah penyampai cerita yang akan menarik perhatian pendengar, membuat pendengar terpukau dan membuat pendengar berfikir dengan lebih mendalam.”- LADYGUNN

View this post on Instagram

If We Have Each Other… Next Friday …. 💔🌎

A post shared by Alec Benjamin (@alecbenjamin) on

Sebelum ini, Alec telah menarik perhatian khalayak ramai melalui saluran Youtube dengan cara memuatnaik video lagu baru beliau setiap dua minggu ke saluran Youtube nya sendiri dan telah mengumpulkan peminat seramai 150,000 orang selama enam bulan dengan ketekunan dan sikap ‘do it yourself’ yang diamalkan oleh Alec sendiri.

Berkat kesabaran, Alec telah mencapai kejayaan terbesarnya pada tahun lepas apabila single beliau yang bertajuk “I Built A Friend” menjadi viral dan mencatat hampir 4 juta aliran Spotify dalam masa kurang daripada setahun dan mendapat ‘airplay’ jutaan rakyat Amerika di rancangan America’s Got Talent.

Artikel SebelumnyaSenarai 12 Peserta Bakal Merebut Gelaran Juara Gegar Vaganza 5
Artikel Seterusnya5 Sebab Mengapa Filem Captain Marvel Paling Dinantikan!
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.