Baru-baru ini Hangat.com dengan kerjasama GSC Movies telah adakan tayangan awal filem aksi fantasi Korea, Monstrum bertempat di GSC One Utama. Turut bersama kami adalah pembaca-pembaca Hangat.com yang bertuah menjadi antara yang pertama menonton filem ini.

Pelbagai Gabungan Elemen Dalam Satu Menarik

Tersenarai sebagai filem Box Office di Korea, bagi kami Monstrum agak menarik untuk ditonton kerana memaparkan pelbagai gabungan elemen dalam jalan ceritanya. Namakan sahaja adegan lucu, kagum, berdebar, menakutkan semuanya digarap dengan teliti dalam Monstrum. Malah setiap wataknya juga berjaya memainkan peranan dengan baik meskipun filem ini adalah sepenuhnya di dalam bahasa Korea tanpa sebarang pengalihan suara.

Walaubagaimanapun, filem ini masih belum mampu mengagumkan kami dan sekadar menarik untuk ditonton tanpa sebarang tekanan konflik jalan cerita. CGI juga masih perlu diperbaiki kerana ada sesetengah adegan jelas menampakkan kelemahan dari segi grafiknya.

Sinopsis Monstrum


Menampilkan Kim Myung-Min, Lee Hyeri, Choi Woo-Sik dan Kim In-Kwon filem Monstrum mengisahkan mengenai tahun yang ke-22 dari Jungjong Joseon telah ditimpa penyakit misteri dan perasaan takut mula dirasai disemua kawasan. Keadaan bertambah panik apabila terdapat khabar angin mengenai seekor binatang ganas yang berkeliaran di kawasan Gunung Inwangsan yang dipanggil “Monstrum” mula tersebar dan penyakit tersebut juga dipercayai berpunca dari Monstrum.

Untuk menghilangkan keadaan panik tersebut, King Jungjong merayu kepada bekas Panglima nya untuk untuk mencari Monstrum. Adakah Monstrum merupakan makhluk yang sebenar? Atau sebuah imaginasi imaginasi massa yang menakutkan?

Adakah rakyat Joseon akan hidup semula dengan selamat? Segalanya terjawab dalam Monstrum di pawagam GSC berhampiran.

REVIEW OVERVIEW
Menarik Untuk Ditonton
Artikel Sebelumnya[VIDEO] Biar Betul! Kim Kardashian Tak Tahu Bezakan Timun
Artikel SeterusnyaBapa Syafiq Kyle Rebah Di Majlis Ramah Mesra Akibat Pendarahan Otak
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress