Penyanyi Shila Amzah sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa isu kontroversi termasuklah mengenai tingkah lakunya yang dikatakan kini semakin sombong.

Tidak Mempunyai Sebarang Masalah Dengan Sesiapa 

Menjawab isu tersebut, Shila berkata dia sama sekali tidak mempunyai masalah dengan mana-mana pihak. Beranggapan sesetengah pihak telah salah tafsir mengenainya, menurut Shila ini adalah dirinya yang sebenar dan barang kali kerana raut wajahnya itu terdapat dakwaan kononnya dia semakin sombong.

“Sebenarnya saya tak ada masalah dengan sesiapa pun. Cuma saya tak reti berpura-pura depan orang dan tak adalah merajuk sampai nak terus tinggal di China. Cuma mungkin sekarang rezeki lebih disana”

Shila Jelas Isu Salah Faham Libatkan Penyanyi Terkenal

Dalam perkembangan lain, Shila turut berkesempatan untuk menjelaskan kembali mengenai kontroversi yang melibatkan dua penyanyi terkenal baru-baru ini. Jelas Shila dia menganggap tweet tersebut telah disalah erti diantara pengikutnya sehingga melibatkabn beberapa nama penyanyi terkenal.

Tambahnya lagi, dia sekadar memberi pandangan sebagai seorang anak seni yang berpengalaman menyertai pengalaman sedemikian dan pandangannya itu juga bersifat umum.

” Saya boleh katakan tindakan membuat kesimpulan secara terburu-buru itu adalah sesuatu yang kurang bijak sebab kenyataan saya sebelum ini sebenarnya bersifat Terbuka. Malah tidak tujukan pada sesiapa. Cuma bagi saya yang pernah menyertai pertandingan seumpama ini, saya cuma luahkan pendapat umum. Jadi nasihat saya lebih bagus jika kita bersangka baik dengan semua tidak kira selebriti ataupun peminat”

Shila ditemui Hangat.com ketika di siri jelajah Dbilique di Kompleks PKNS Bangi yang dikendalikan oleh Faizal Ismail dan Fara Fauzana. Dbilique akan bersiaran secara langsung di trak bersama tetamu selebriti, di lokasi yang berbeza. Selain berpeluang menyaksikan siaran Dbilique bersiaran secara langsung, peminat Dbilique juga dapat melihat replika studio Dbilique di trak tersebut.

Artikel SebelumnyaLawak! 10 Jersi Pasukan Bola Sepak Ini Macam Tak Masuk Akal
Artikel SeterusnyaWang Lesap! Fathia Latiff Kena Tipu Dengan Syarikat Pelaburan Terkenal?
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress