Pelakon kontroversi, Fathia Latiff meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sebuah syarikat pelabuaran terkenal apabila wang yang dilaburkan tidak menjanjikan pulangan yang lumayan. Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Latiff, 30, berkata pelaburan yang dibuat sudah mengambil masa lebih 3 tahun namun dengan jumlah sebanyak RM20,000. Namun sehingga hari ini wang pelaburannya tinggal RM3,000.

“Ni lagi sekor kaki game. Bila nak bayar duit kitorang. Korang dah kebas duit orang2 Malaysia pastu kau Enjoy la makan duit HARAM cc @tunDaim #anticorruption #stopbulling #NEWMALAYSIA i labor 20k jadi 3ribu adil ke tak adill dah lebih 2 tahun!!!!!”

Berdasarkan perkongsian tersebut di Instagram, Fathia turut menyertakan nama bekas Menteri Kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin supaya  hal ini dipandang serius dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap syarikat pelaburan ini.

Hangat.com sempat mengikuti komen-komen yang diberikan netizen terhadap perkongsian tersebut, rata-rata mendoakan supaya mereka dapat kembalikan wang tersebut dan dipermudahkan segala urusan.

Nama pun pelaburan saham, rugi itu sudah pasti tetapi untung itu wajib. Sebab itu kalau nak melabur, kita disarankan untuk guna duit lebihan yang kita tak perlu.

Artikel Sebelumnya‘Saya Tak Ada Masalah Dengan Sesiapa’- Shila Amzah Jawab Isu Sombong
Artikel SeterusnyaAiman Hakim Dipanggil Dayus Oleh Fathia Latiff. Apa Kes?
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.