Lagi kontroversi melibatkan Fathia Latiff! Nampaknnya nama pelakon ini antara yang begitu panas pada tahun 2018 kerana ada sahaja isu yang terpalit padanya. Semalam, Hangat.com telah memuat naik artikel dimana Fathia telah memberitahu bahawa kononnya dia telah ditipu dengan sebuah syarikat terkenal.

Tidak cukup dengan itu, dia turut mendedahkan bekas kekasihnya, Aiman Hakim Redza telah berhutang dengannya. Pendedahan berani itu dibuat Fathia menerusi Instagram nya sebelum bertindak memadam posting tersebut.

Sharifah Sakinah Dan Michael Ang Pertahan Aiman

Ekoran pendedahan yang dibuat pelakon itu, sahabat baik Aiman yang juga pelakon iaitu Sharifah Sakinah tampil mempertahankan Aiman dengan memuat naik sebuah kenyatan menyelar tindakan Fathia di Instagram.

Menurut Sakinah, dakwaan yang dibuat oleh Fathia sama sekal tidak benar dan sepanjang berkawan baik dengan Aiman, pelakon itu bukanlah seorang yang gemar berhutang atau pernah mempunyai masalah kewangan.

Dalam perkembangan lain, pengarah terkenal Michael Ang menerusi Instagram nya pula juga bertindak mempertahankan Aiman dengan memuat naik kenyataan pendedahan mengenai sikap Aiman yang dikenalinya selama ini. Kesal dengan tindakan Fathia, menurut Michael dunia hiburan terlalu kecil untuk artis bergaduh dan boleh diselesaikan dengan baik.

Fathia Cabar Michael Untuk Bersemuka

Menyedari akan kenyataan yang dikeluarkan oleh Michael, Fathia tampil berani dengan membalas kenyataan pengarah itu di ruangan komen malah turut mencabar Michael untuk bersemuka dengannya. Tidak cukup dengan itu, Fathia turut menggelar Michael sebagai Si Gemok dan seperti sengaja memalukan dirinya.

Tidak mudah melatah, Michael walaubagaimanapun memaafkan tindakan Fathia dan mengharapkan yang terbaik untuknya. Kes ini semakin panas apatah lagi, semakin ramai artis tampil membuat pendedahan di laman sosial nantikan artikel susulan mengenai kontroversi ini!