Pelakon Fathia Latiff yang kontroversi beliau tidak henti-henti semenjak bulan lalu yang menggegarkan dunia hiburan tiba-tiba menyerang bekas kekasihnya, Aiman Hakim Ridza di laman sosial. Fathia menuntut Aiman untuk membayar semula wang beliau dan turut menggelar pelakon lelaki itu lelaki dayus.

Apa yang dilakukan oleh Fathia itu menerima pelbagai reaksi termasuklah daripada Sharifah Sakinah dan Michael Ang yang masing-masing mempertahankan Aiman.  Mereka menganggap apa yang Fathia lakukan hanya mengaibkan orang lain dan meminta agar beliau berbicang secara baik untuk menyelesaikan segala masalah.

Akibat banyak pihak yang simpati serta mempertahankan Aiman, Fathia yang kelihatan tidak mahu mengalah, beliau dilihat memuat naik beberapa ‘screenshot’ perbualan WhatsApp beliau dan Aiman mengenai urusan jual beli saham yang mereka sama-sama laburkan sebelum ini.

Terdahulu, Fathia memberitahu telah melaburkan wang berjumlah RM20,000 untuk sebuah perniagaan dibawah Aiman. Namun, pelaburan itu mengalami kerugian dan beliau hanya menerima pulangan wang berjumlah RM3,000.Aiman juga telah tampil menafikan beliau berhutang dengan Fathia dan menjelaskan beliau menyekat Fathia di WhatsApp dan Instagram kerana Fathia menggunakan bahasa kesat.

Hangat.com berharap agar hal ini dapat diselesaikan dengan segera dan semoga Fathia bertenang dari segala kontroversi yang berlaku dan mohon kepada-Nya supaya memperoleh ketenangan dalam diri.

SUMBERIG Fathia Latiff
Artikel Sebelumnya[FOTO] Elfira Loy Mengaku Sudah Bertunang Dengan Faris K Anuar?
Artikel SeterusnyaHenry Golding Bakal Begandingan Dengan Emilia Clarke Untuk Filem Baru!
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"