Pelakon yang mula dikenali di mata dunia, Henry Golding sudah lama berkecimpung dalam dunia seni iaitu bidang pengacaraan dan peragaan dan walaupun dia tidak begitu banyak produk lakonan di Malaysia. Kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa tahu?

Berjaya menjadi pelakon utama filem adaptasi dari novel, Crazy Rich Asians, bakat lakonan Henry mendapat perhatian khalayak Hollywood. Filem itu kini mencecah kutipan USD152 juta di Amerika Syarikat sahaja.

Terbaharu, Henry memberitahu di Instagram bahawa dia akan berlakon dengan pelakon jelita yang mencipta nama melalui watak Daenerys Targaryen siri televisyen popular, Game of Thrones, iaitu Emilia Clarke.

Henry akan berlakon dengan Emilia dalam filem ‘Last Christmas’ yang akan diarahkan oleh Paul Feig. Ini boleh dianggap sebagai kemajuan yang memberangsangkan untuk Henry yang semakin mendapat tempat di hati peminat filem antarabangsa kerana bakat lakonannya dalam Crazy Rich Asians. Emilia sebelum ini menjadi pelakon utama beberapa buah filem, antaranya Terminator: Genisys dan Me Before You.

Hangat.com berasa bangga dengan pencapaian Henry dan semoga Henry terus maju dan mencipta nama Malaysia di mata dunia seperti Dato’ Michelle Yeoh.

SUMBERIG Henry Golding
Artikel Sebelumnya[FOTO] Fathia Latiff Sebar Perbualan Whatsapp Aiman Hakim?
Artikel Seterusnya5 Perihal Menarik Di Sebalik OST Gol & Gincu Vol. 2
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"