Pejam celik, masa kini berlalu dengan pantas sekali, dalam diam rupa-rupanya pasangan selebriti Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim sudah enam tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua orang anak yang cukup comel.

IKLAN

Menurut Lisa, beliau dan suami sudah bersedia untuk menambah lagi cahaya mata tahun depan.

“Kami mahu segera menambah anak kerana usia suami sudahpun mencecah 45 tahun. Takkanlah, bila usia suami mencecah 60 tahun dan sudah pencen, anak-anak kami masih kecil dan belajar lagi? Kami juga sangat mementingkan soal pendidikan anak-anak kerana ia membabitkan kos yang mahal sekarang.

“Jika nak diikutkan, kami sudah bersedia pada bila-bila masa pun tetapi semuanya bergantung pada rezeki dari Allah SWT. Kalau boleh kami mahukan sepasang anak iaitu lelaki dan perempuan selepas ini”, kata Lisa kepada Metro Online.

Lisa dan Yusry mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Yahaira Leanne dan Yusof Leonne. Kami berdoa agar hasrat pasangan ini untuk memiliki zuriat lagi akan termakbul.

BACA  [VIDEO] Lana Nordin Menangis! Mahu Peminat Doakan Kesihatan Anak