Filem seram sememangnya tidak pernah gagal menarik perhatian penonton ke panggung. Biarpun, pelbagai genre filem di pawagam, namun filem seram tetap mencuri perhatian.

Terbaru, sebuah lagi filem dari genre serupa, filem Malicious bakal memberi pengalaman seram berbeza kepada penonton. Oleh itu, Hangat.com dengan kerjasama RAM Entertainment mahu membawa pembaca setia kami untuk menonton sendiri  filem seram penuh suspen ini.

Sinopsis

Filem ini mengisahkan seorang profesor kolej muda bernama Adam, dan Lisa, isterinya yang hamil, menjumpai sebuah kotak antik dalam rumah baru mereka. Mereka membuka kotak tersebut dan tanpa menyedari telah melepaskan entiti jahat yang mempunyai niat untuk membunuh. Bagaimanapun, mereka hanya mengetahui mengenai entiti menyeramkan itu apabila Adam bertemu dengan Dr. Clark, seorang profesor parapsikologi.

Jika anda masih tertanya-tanya tentang filem ini? Apa kata anda semua menonton trailer filem Malicious yang telah diriliskan di saluran Youtube RAM Entertainment.

Film ini bakal ditayangkan di pawagam pada tanggal 18 Oktober 2018  di seluruh Malaysia.

Sepasang Tiket Untuk Dimenangi

Anda berminat untuk menghadiri Tayangan Eksklusif Malicious? Cukup istimewa buat pembaca hangat.com anda berpeluang untuk menyaksikan filem ini lebih awal pada 16 Oktober 2018 jam 9 malam di GSC Mid Valley. Setiap pemenang akan dihadiahkan sepasang tiket filem Malicious. Sebuah filem yang penuh suspen dan menyeramkan.

Nak tahu caranya? Mudah jer, ikuti langkah berikut dan anda mungkin adalah pemenangnya

  • Like Facebook Hangat.com, follow Instagram @hangatmalaysia dan twitter @hangatmalaysia
  • Kongsi artikel ini  dan tulis kapsyen kenapa anda suka dengan filem ini di Facebook anda dan jangan lupa hashtag #HangatMalicious #MaliciousMY dalam posting anda.
  • Kapsyen yang menarik dah kreatif akan dipilih sebagai pemenang.
  • Peraduan ini hanya sah dari sekarang hingga 14 Oktober 2018.
  • Seorang hanya boleh menghantar satu penyertaan.
  • Keputusan hakim adalah muktamad.

Artikel SebelumnyaSarah Suhairi Rangkul Kejuaraan Big Stage 2018
Artikel SeterusnyaSyafiq Farhain Bengang Gara-Gara Netizen Ucap ‘Takziah Kematian Bapa’
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.