Minggu lalu tular di media sosial mengenai penyanyi lagenda, Saleem yang dikatakan telah meinggal dunia ekoran ditimpa kemalangan raya. Walau bagaimanapun berita tersebut hanyalah khabar angin dan Saleem kini sedang mendapatkan rawatan lanjut di PPUKM, Kuala Lumpur.

Syafiq Farhain Bengang

Ekoran itu, anak Saleem yang juga penyanyi Syafiq Farhain mengakui berasa marah dan terkilan setelah tersebarnya berita palsu mengenai kematian bapanya. Menurut Syafiq, sikap sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab yang sering kali menyebarkan khabar angin tanpa sebarang usul periksa adalah sesuatu yang sering kali dibimbangkan.

Apatah lagi, baru-baru ini, dia turut menerima kiriman mesej peribadi dan ‘tag’ di Instagram mengenai bapanya itu menyebabkan dia hilang sabar serta menegur netizen yang menyebarkan khabar berita tersebut.

“Memang saya bengang dengan berita palsu pasal kematian ayah saya. Bayangkan ketika itu saya sedang menziarahi bapa saya. Apa perasaan anda kalau duduk di tempat saya? Sebagai seorang anak, saya yang sepatutnya menerima sebarang berita terlebih dahulu. Ada juga yang tag saya di Insta Story memberi ucapan takziah seolah-olah memberi perkhabaran ayah saya sudah meninggal dunia. Saya pun terus menegur mereka yang menyebarkan khabar angin bagi mengelakkan salah faham terjadi”

Saleem Semakin Stabil

Syafiq ketika ditemui Hangat.com di sidang media Konsert Akhir Big Stage berkata bapanya kini berada dalam keadaan stabil dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Sejak ditimpa kemalangan, Syafiq pernah beberapa kali menziarahi bapanya meskipun jadualnya agak sedikit padat.

“Sejak ayah dimasukkan ke hospital Khamis lalu, saya baru dua kali berkesempatan melawatnya. Hari pertama ayah ditidurkan dengan bantuan ubat, keadaannya kritikal tapi stabil dengan bantuan mesin. Alhamdulillah ayah saya ada beri respons ketika saya berinteraksi dengannya”

Pada Khamis yang lalu, Saleem, 57 cedera parah setelah dilanggar dari arah belakang oleh kereta sewaktu menunggang motosikal dan patah 12 tulang rusuk. Dikhabarkan satu daripadanya tulangnya itu tertusuk paru-paru dan kini ditempatkan di PPUKM.

Artikel Sebelumnya[GIVEAWAY] Peraduan Menang Tiket Eksklusif Filem Seram Malicious
Artikel SeterusnyaAkhirnya Terjawab Siapa Pengganti Suzanna Dalam Filem ‘Bernapas Dalam Kubur’
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress