Takut tetapi keinginan menonton tetap ada! Ada yang sanggup memenuhi pawagam, kerana mahu merasai ketakutan itu. Itulah yang boleh dikatakan mengenai genre filem seram yang diminati semua kaki wayang di seluruh dunia.

Terbaru, sebuah lagi filem dari genre serupa, filem Hell Fest bakal memberi pengalaman seram berbeza kepada penonton. Oleh itu, Hangat.com dengan kerjasama TGV CINEMAS mahu membawa pembaca setia kami untuk menonton sendiri filem seram penuh suspen ini.

Sinopsis 

Sekumpulan rakan mengunjungi taman tema yang dipanggil Hell Fest. Di sana, mereka menjadi mangsa kepada seorang pembunuh bersiri bertopeng yang menjadikan taman tema hiburan itu sebagai tempatnya mengganas. Dia telah menyerang rakan-rakan itu tetapi pengunjung lain menganggap ia hanya sebahagian daripada persembahan di sana.

Jika anda masih tertanya-tanya tentang filem ini? Apa kata anda semua menonton trailer filem Hell Fest yang telah diriliskan di saluran Youtube.

Film ini bakal ditayangkan di pawagam pada tanggal 27 September 2018 di seluruh Malaysia.

Sepasang Tiket Untuk Dimenangi

Anda berminat untuk menghadiri Tayangan Eksklusif filem Hell Fest? Cukup istimewa buat pembaca hangat.com anda berpeluang untuk menyaksikan filem ini lebih awal pada 26 September 2018 jam 9 malam di TGV Cinemas, Sunway Velocity. Setiap pemenang akan dihadiahkan sepasang tiket filem Hell Fest. Sebuah filem yang penuh suspen dan menyeramkan.

  • Like Facebook Hangat.com, follow Instagram @hangatmalaysia dan twitter @hangatmalaysia
  • Kongsi artikel ini  dan tulis kapsyen kenapa anda suka dengan filem ini di Facebook anda dan jangan lupa hashtag #HangatHellFest #HellFestMY dalam posting anda.
  • Kapsyen yang menarik dan kreatif akan dipilih sebagai pemenang.
  • Peraduan ini hanya sah dari sekarang hingga 26 September 2018.
  • Seorang hanya boleh menghantar satu penyertaan.
  • Keputusan hakim adalah muktamad.

Artikel SebelumnyaGaya Gaun 6 Selebriti Di Emmy Awards Yang Bermotifkan Floral
Artikel SeterusnyaDapat ‘Verified Badge’! Mas Khan Kongsi Cara Dapatkannya
Hilmi Hafiz
i have nothing to offer, but i can offer you a good knowledge.