Khabar angin mengatakan bahawa Luna Maya bakal memegang watak Suzzanna di filem Bernapas Dalam Kubur akhirnya terjawab sudah. Akaun media sosial produksi yang menggarap filem tersebut, Soraya Intercine Films, secara rasmi telah memperkenalkan Luna Maya sebagai watak sang Ratu Horor tersebut.

Dalam muat naik yang dimuatnaik pada 23 September yang lalu, produksi tersebut memperlihatkan dua poster filem dan salah satu adegan yang memperlihatkan Luna Maya sebagai Suzzanna.

Dalam poster tersebut, ada ura-ura mengatakan Luna Maya ternyata akan bergandingan dengan Herjunot Ali. Sementara filem ini diarahkan oleh Rocky Soraya dan Anggy Umbara.

Tak hanya Soraya Intercine Films, Luna Maya juga memuatnaik nposter film ini di akaun Instagram peribadinya.

Luna Maya mengunggah poster yang memperlihatkan dirinya sebagai Suzzanna sambil mata terbeliak ka arah kamera. Untuk muat naik ini, Luna Maya menulis kapsyen singkat, “#Bismillah.”

BACA  Kekasih Baru Zahirah? Kenali Nik Iruwan, Bukan Calang-Calang Orangnya!