Menerusi rancangan realiti Big Stage, Baby Shima pernah menggemparkan pentas itu apabila pitam ketika sedang membuat persembahan secara langsung. Menurut Shima kerana jadualnya yang terlalu padat dan penat antara punca mengapa dia pitam secara tiba-tiba.

Pernah Terfikir Untuk Tarik Diri

Mendapat tempat kelima dalam pertandingan akhir Big Stage, Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli akui pernah terfikir untuk menarik diri dari rancangan realiti itu. Jelas Shima pada Hangat.com, kerana komitmen yang padat memerlukannya berada di kedua-dua negara iaitu di Malaysia dan Indonesia menyebabkan dia terfikir untuk berbuat demikian.

Namun begitu, setelah difikirkan kembali segala usaha yang telah dikorbankannya, penyanyi yang berusia 25 tahun ini bangkit kembali dan bersyukur berjaya mara ke peringkat akhir.

“Sebenarnya Shima ada terikir untuk tarik diri dalam minggu ketiga. Semuanya sebab terlalu penat waktu itu bayangkan Shima perlu berulang alik ke Malaysia dan Indonesia. Pernah satu ketika itu, Shima tidak tidur langsung dan ada kalanya hanya sempat melelapkan mata selama satu jam sahaja.”

“Walau bagaimanapun, Shima lupakan niat tersebut dan diri sendiri menjadi pendorong kerana Shima rasa bukan senang untuk sampai ke peringkat ini dan mencipta nama. Jadi Shima rasa, diri sendiri perlu kuat, abaikan sahaja apa yang orang cakap dan niat Shima hanya ingin tunjukkan bakat. Alhamdulillah, berjaya ke peringkat akhir juga Shima rasa sangat bersyukur apatah lagi kesemua peserta lain hebat-hebat belaka”

Bakal Menetap Di Jakarta

Menurut Shima, selepas ini dia bakal menetap di Jakarta memandangkan jadualnya di sana lebih sibuk. Menolak dakwaan merajuk mahupun sebaliknya, jelas Shima lagi di sana penerimaan genre seperti dangdut masih tinggi jadi beberapa single terbaru tidak lama lagi juga akan diperdengarkan untuk dilancarkan di pasaran Indonesia.

BACA  Nafi Menipu! Isteri Dedah Bukti Ammar Alfian Curang

Meskipun begitu, Shima akan tetap pulang ke Malaysia sekiranya terdapat tawaran ataupun komitmen yang memerlukannya berada disini. Tahniah diucapkan buat Shima!