Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk melindungi harta dan aset yang dimiliki adalah dengan mengambil insuran.

Umumnya, kebanyakan orang yang membeli insuran untuk nyawa, rumah, kenderaan mahupun pendidikan. Tapi ternyata ada segelintir orang yang memilih untuk memiliki insuran untuk hal lain melibatkan anggota badan. Ada yang seperti tak masuk akal namun itulah hakikatnya. Nak tahu apa saja insuran unik yang ada di dunia ini? Berikut ini tujuh di antaranya.

1Punggung

Untuk sebahagian orang, punggung menjadi salah satu anggota tubuh yang paling mereka sukai, salah satu alasannya kerana untuk terlihat seksi. Hal itulah yang membuat sesetengah orang rela mengeluarkan wang banyak untuk menginsurankan punggungnya.

Seperti contoh, penyanyi cantik berasal dari Australia Kylie Minogue yang membeli insuran untuk punggungnya berjumlah US$ 5 juta atau sekitar  RM 20.68 Juta.

Selain itu,  penyanyi terkenal Jennifer Lopez juga mengeluarkan peruntukkan yang banyak untuk menginsurankan punggungnya iaitu US$ 300 juta atau setara dengan RM 1.26 Billion.

2Lidah

Insuran unik lain yang dibeli dengan harga mahal adalah lidah. Ya, hal itulah yang dilakukan oleh pelantun lagu “Malibu”, Miley Cyrus.

Bagi Miley Cyrus, lidah merupakan salah satu bahagian tubuhnya yang paling berharga hingga membuatkan dirinya rela memperuntukkan wang hingga US$ 1 juta atau sekitar RM4.1 Juta untuk mengambil insuran lidahnya.

3Senyuman

View this post on Instagram

Hello☀️

A post shared by Julia Roberts (@juliaroberts) on

Senyuman yang indah memang membuatkan ramai orang terpukau. Mungkin itulah yang membuat artis cantik Julia Roberts mengambil insuran pada senyuman indahnya sebesar US$ 30 juta atau sekitar RM124 Juta

4Deria Rasa

Seorang ahli pembuat kopi terkenal, Gennaro Pelliccia membeli insuran yang sangat unik iaitu deria rasanya dengan harga US$ 10 juta atau sekitar RM 41 Juta

5Bulu Dada

Hal serupa juga dilakukan oleh bintang top, Tom Jones yang kini sudah berusia 78 tahun. Seperti diwar warkan, Tom mengambil insuran bulu dadanya berharga US$ 7 juta atau sekitar RM 30 Juta.

6Bakat Melawak

Memiliki bakal dalam bidang komedi merupakan sesuatu yang berharga. Bahkan dari lawak, boleh menghasilkan banyak wang. Contohnya saja salah satu komedian terkenal di Malaysia, Zizan Razak dan Nabil Ahmad yang berhasil jadi jutawan kerana memiliki bakat melawak untuk menghiburkan ramai orang.

Jadi, wajar saja kalau salah seorang comedian berasal dari England bernama Rich Hall mengambil insuran terhadap bakat lawaknya sebesar US$ 1.5 juta atau sekitarRM RM 6.2 Juta.

7Diculik Alien

Aneh tapi itulah hakikatnya, aktres legenda Shirley MacLaine sangat mempercayai adanya kehidupan lain atau alien. Hal itulah yang membuat dirinya mengeluarkan peruntukkan yang besar yaitu US$ 25 juta atau sekitar RM 100 Juta jika dirinya diculik oleh alien. Biar betul?

Begitulah tujuh insuran unik yang sebelumnya tak pernah difikirkan tapi ternyata wujud malah dimiliki oleh para selebriti terkenal dunia. Apa pandangan anda? Sudahkah anda memilik Insuran sendiri?