Menerusi postingnya di Instagram, penyanyi Syafeek Ikhwan, 30 telah berkongsi khabar gembira apabila dia berjaya menjadi juara pertandingan nyanyian I-Sing Dunia 2018 yang diadakan di Paris, Perancis.

Sebak Saat Lagu Negaraku Berkumandang

Syafeek yang juga Juara Pujaan RTM 2015 meluahkan rasa syukurnya apabila berjaya mengungguli gelaran juara pertandingan dunia itu. Kongsinya lagi, dia merasa begitu sebak saat lagu Negaraku berkumandang setelah namanya dinobatkan sebagai juara I-Sing Dunia 2018.

Menewaskan 44 peserta dari seluruh dunia. sebagai juara Syafeek membawak pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,333.50 (AS$2,500), trofi dan tiket penerbangan ke Sepanyol untuk membuat persembahan pada pentas akhir i-Sing World 2019.

View this post on Instagram

Allahuakbar. Dengan izin Yang Maha Esa, berkat doa sahabat semua, ini hadiah untuk negara tercinta. Hanya Allah yang tahu sebak dalam hati saat berkumandang lagu Negaraku di dalam dewan yang sarat dengan warga dari pelbagai negara, di tengah-tengah Kota Cinta πŸ‡«πŸ‡·. . Terima kasih untuk kata-kata semangat yang diberikan. Terima kasih walau apa bentuk sumbangan. Terima kasih untuk segalanya πŸ™. . Ini untuk Malaysia walau mungkin tidak seberapa, daripada insan yang hampir tidak disedari kelibatnya. Terima kasih πŸ‡²πŸ‡Ύ. . #ising #isingworld2018 #isingworldfinals2018 #monspace #lifeinspiringlife #bigmyvo #myvo #singer #Paris #France #Malaysia #music #passion #victory #MalaysiaJuara

A post shared by I'll sing until you love me (@syafeek_ikhwan) on

Zahirkan Ucapan Terima Kasih Buat Peminat

Bersyukur dengan kejayaan yang diperolehi, Syafeek juga berterima kasih di atas sokongan ramai yang mendoakannya hingga berjaya mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

β€œTerima kasih untuk kata-kata semangat yang diberikan. Terima kasih untuk sumbangan. Terima kasih untuk segalanya.

β€œIni untuk Malaysia walau mungkin tidak seberapa, daripada insan yang hampir tidak disedari kelibatnya. Terima kasih,” katanya.

Platform nyanyian peringkat antarabangsa i-Sing Dunia yang dianjurkan lima hari bermula dari 18 September di Paris itu disertai 40 buah negara. Pada pusingan pertama Syafeek menyanyikan lagu Perancis berjudul Je Suis Malade (nyanyian asal Lara Fabian), sebelum lagu Salam Terakhir (Datuk Sudirman Arshad) pada pusingan kedua dan pusingan ketiga My Way (Frank Sinatra).