Pelakon dan model popular, Alicia Amin mempertikaikan kandungan buku teks Pengajian Islam tingkatan empat dan lima yang memuatkan “rasional membunuh orang murtad”. Memapar keratan halaman buku di Instagram Storiesnya, Alicia merujuk kandungan yang menerangkan “rasional hukuman bunuh terhadap orang murtad”.

Menurut Alicia, tiada masalah untuk belajar agama namun dia menolak sekeras-kerasnya ilmu ini dan tidak boleh menerima apabila anak-anak di sekolah diajar tentang rasional hukuman bunuh terhadap murtad seperti apa yang terkandung dalam buku teks tersebut.

Dipetik dari Malaysiakini, murtad atau keluar dari Islam merupakan suatu jenayah terlarang tetapi sah apabila cukup segala syarat yang telah ditetapkan.

Ia bermaksud, seseorang Muslim diharamkan keluar Islam atau diharamkan daripada melakukan perkara yang boleh membatalkan syahadahnya tetapi jika mereka melakukannya juga maka Islamnya terbatal.

Ada yang berpendapat, bagi orang pindah agama dari Islam ke agama lain (murtad) adalah hukum bunuh. Sekeras itukah hukuman yang dikenakan bagi orang yang keluar dari Islam?

Walaubagaimanapun, kita berharap Kementerian Pendidikan dapat mengkaji semula isi kandu­ngan buku teks itu sekiranya terdapat pembetulan fakta.