Pada Ahad yang lalu, rancangan realiti terbitan Astro, Big Stage telah mengumumkan juara sulungnya Sarah Suhairi selepas menewaskan empat lagi peserta, Syafiq Farhain, Afieq Shazwan, Wani Kayrie dan Baby Shima.

IKLAN

Wang Kemenangan Untuk Masa Depan

Penyanyi yang berusia 18 tahun ini telah berjaya merangkul wang kemenangan sebanyak RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro. Sarah ketika ditemui Hangat.com di majlis sidang media konsert akhir Big Stage berkata dia sudah mempunyai perancangannya tersendiri mengenai hadiah kemenangan tersebut. Menurut Sarah, separuh daripada wang tersebut akan diperuntukkan untuk simpanan masa hadapan manakala selebihnya akan digunakan untuk perjalanan seninya.

β€œWang kemenangan ini Sarah akan gunakan sebaiknya, RM50,000 untuk simpanan masa depan dan untuk kembangkan karier seni. selebihnya Sarah akan simpan di Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera (ASB). Penting untuk membuat simpanan kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan, lagi pula kerjaya sebagai artis ada turun dan naik,”

Bersyukur Semakin Dikenali

Tambah Sarah, dia begitu bersyukur dengan rezeki penglibatan di Big Stage. Jika dahulu, namanya dikatakan sukar ‘dilihat’ namun sejak menyertai rancangan realiti ini, semakin ramai yang mengenalinya.

BACA  Zoey Rahman Dilabel Sebagai 'Gay' Gara-Gara Promosi Seluar Dalam Lelaki

Akui Sarah lagi, sejak minggu pertama jumlah pengikutnya di Instagram juga semakin meningkat apatah lagi sejak tular di dunia mengenai persembahannya ketika menyanyikan lagu Korea yang kini sedang popular, Dddu Dddu Dddu. Dalam konsert akhir itu, Sarah menyanyikan lagu Awan Yang Terpilu dendangan asal Ning Baizura dan single terbaharunya, Nyawa & Raga yang merupakan hasil ciptaan Room None dan Iman Imran.