Boleh dikatakan, begitu ramai yang dambakan akaun sosial media mereka ‘diiktiraf’ dengan memperoleh ‘verified badge’ dimana-mana sosial media. Baik Facebook, Instagram mahupun Twitter, logo atau lambang ini diberikan buat mana-mana penggiat industri yang disahkan dan diiktiraf.

Mas Khan Peroleh Verified Badge Di Instagram

Terbaru, pelakon kacak Mas Khan dilaporkan baru sahaja menerima pengiktirafan tersebut dari pihak Instagram. Biarpun jumlah pengikutnya tidaklah sebanyak jumlah pengikut artis popular yang lain, namun tahukah anda ada diantara akaun artis popular ini tidak menerima pengiktiran tersebut. Barangkali kualiti lebih bagus daripada kuantiti?

Kongsi Cara Dapatkan Verified Badge

Mendapatkan penjelasan lanjut mengenai pengiktirafan tersebut, Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzhir Khan, 24 ketika dihubungi Hangat.com berkata, dia begitu gembira setelah menerima pengiktirafan tersebut malah turut berkongsi cara untuk dapatkan ‘Verified Badge’ tersebut.

“Saya sebenarnya gembira apabila menerima verified badge ini. Β ianya bukanlah satu perkara mudah untuk disahkan oleh pihak Instagram. Bagi saya tidak perlukan jumlah pengikut yang berjuta-juta untuk dapatkannya. Cukup hanya dengan menjadi diri sendiri dan sering berinteraksi dengan pengikut antara yang sering saya lakukan. Hasilnya akaun saya menerima pengesahan tersebut”

Tidak sombong dan sering berinteraksi dengan pengikut di Instagram merupakan ‘cara’ yang sering digunakan oleh pelakon ini. Menolak cara penggunaan ‘pihak ketiga’ seperti membeli atau meminta mana-mana pihak untuk dapatkan pengiktirafan ini, tambah Mas dia juga tidak menyangka akan mendapat ‘tanda biru’ ini memandangkan jumlah pengikutnya tidaklah mencecah 1 juta pengikut seperti mana tanggapan orang ramai untuk mendapatkan Verified Badge ini.

BACA  Nafas Baru Dari Zamani, 'Aduh' Hadiah Istimewa Untuk Peminat

Terpaksa Tolak Tawaran Berlakon

Dalam perkembangan lain, menurut Mas dia baru sahaja pulih dari kecederaan ACL yang menyebabkan dia terpaksa tolak segala tawaran filem dan drama ketika itu.

Tidak cukup dengan kecederaan tersebut, baru-baru ini pula dia diserang demam campak sekaligus sekali lagi terpaksa ‘bercuti’ daripada terbabit dengan aktiviti luar sehingga terpaksa menolak sebuah telemovie yang kini sedang dalam penggambaran. Meskipun begitu, khabarnya tidak lama lagi Mas Khan akan terbabit dalam sekual ketiga filem popular yang tersenarai sebagai filem yang mendapat kutipan tertinggi di Malaysia. Nantikan kemunculannya!