Disebalik perwatakannya yang ‘selamba’ dan kelakar, penyanyi Mark Adam juga berpendirian tegas dan sering kali titipkan pesanan pada hampir kesemua kemunculannya terutamanya buat selebriti muda.

IKLAN

Beri ‘Amaran’ Pada Penyanyi Muda

Terbaru, Mark sempat menasihati kesemua peserta dan juga buat penyanyi muda agar menjauhi najis dadah. Tegas dengan kenyataannya, penyanyi ini menegah mereka agar tidak terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

β€œSaya harap anda semua dan penyanyi muda supaya jangan sesekali terjerumus dalam kancah najis dadah. Pengambilan dadah bukan saja akan memusnahkan kerjaya, malah memberi kesan buruk kepada diri sendiri, keluarga dan orang sekeliling,”

Harap Penyanyi Muda Jadi Contoh Terbaik

BACA  [VIDEO] Marsha Milan Gagal Menahan Sebak Sewaktu Lancar Lagu Bimbang

Tambah Mark lagi, mereka (penyanyi muda) seharusnya menjadi contoh terbaik dan idola kepada masyarakat terutama buat generasi baru.

β€œSaya bukanlah insan sempurna dan ada kelemahan, namun saya tidak akan sesekali terbabit dalam perkara negatif. Bukan mudah untuk membina nama di negara orang kerana setiap penyanyi mewakili imej negara. Jadi saya berharap penyanyi generasi muda beringat dan fikir kesan buruk sebelum melakukan sesuatu perkara. Banyak contoh berlaku depan mata akibat penyalahgunaan dadah,” katanya.

Mark ditemui Hangat.com ketika di sidang media Konsert Akhir Big Stage dimana dia telah dijemput menjadi juri jemputan mengadili kesemua 5 peserta akhir rancangan realiti itu.