Teruja? Sudah pasti. Anda akan pergi melancong ke luar negara dan mungkin ini adalah saat-saat yang dinantikan seumur hidup anda.

IKLAN

Tapi, pada sesetengah orang ia juga perasaan yang menakutkan. Apa yang akan anda dapati di luar sempadan Malaysia? Apa yang akan terjadi kepada anda semasa berada diluar Malaysia? Bagaimana anda akan hadapi masalah yang datang? Berapa banyak wang yang akan anda belanjakan?

Tidak dapat dinafikan bahawa anda akan membuat kesilapan pada kali pertama perjalanan anda, sama seperti anda membuat kesilapan dalam kehidupan seharian anda. Ini adalah perkara biasa yang dilakukan oleh “First-timer” Traveller

1. Menggunakan Travel Ejen

Foto: Β©J Bewley/Sustrans

Walaupun sekarang mudah untuk anda menempah keseluruhan pakej perjalanan melalui travel ejen. Tetapi itu tidak bermakna anda perlu menempah keseluruhan pakej perjalanan anda melalui Travel Ejen. Mungkin anda boleh tempah tiket penerbangan dan pakej penginapan anda melalui Travel Ejen. Tetapi untuk perjalanan anda semasa bercuti saya rasa lagi best kalau anda terokai sendiri tanpa menggunakan ejen. Selain jimat kos mungkin ada beberapa tempat baru yang anda akan temui nanti.

BACA  Fizz Fairuz Nekad Buat Laporan Polis Terhadap 'Makcik Puaka'

2. Takut kepada penduduk tempatan

Anda mungkin boleh lihat perbezaan di antara “First-timer Traveller” dengan seseorang yang dah biasa melancong dengan melihat cara mereka bercakap, menguruskan wang dan sentiasa berada dalam keadaan curiga. Mungkin kerana sering terbaca artikel tentang scammer dan lain-lain membuatkan mereka lebih berhati-hati dan selalu berasa curiga.

Pada pendapat saya, kebanyakan warga tempatan adalah dari mereka yang sangat baik dan peramah. Cuba berbual dengan mereka mungkin anda akan dapat kawan baru? tak try tak tahukan?

3. Cuba untuk teroka semua tempat dalam kadar masa yang singkat

Pada era ini, terdapat banyak artikel mahupun post di Twitter dan facebook yang tular mengenai teroka berbagai tempat dalam kadar masa yang singkat. Menurut saya, ini adalah perkara yang kurang sihat dan tidak best.

Mungkin anda ada target anda sendiri untuk habiskan seberapa banyak tempat yang boleh semasa bercuti kerana anda fikir anda tidak akan datang ke situ lagi. Saya cadangkan apa kata anda letak satu target untuk datang lagi ke tempat itu satu hari nanti dan teroka lebih banyak lagi tempat pada masa akan datang.

BACA  [VIDEO] Awi Rafael Sebak Ziarah Pesakit Kanser Tulang

4. Meremehkan perihal kos/Bujet

Senang cerita: semua kos/ bajet yang anda fikirkan cukup itu sebenarnya mungkin tidak akan cukup semasa anda sedang bercuti. Okaylah! mari kita bincangkan, katakan bajet anda untuk trip ke Krabi, Thailand cuma RM600.

Ada banyak kemungkinan yang bakal terjadi semasa anda bercuti di sana. Contoh, duit makan mahal, duit shopping, duitΒ  penalti terlambat pulangkan kenderaan sewa dan lain-lain. Cuba bayangkan duit anda kurang masa tu. Jadi saya sarankan sebelum pergi bercuti cuba untuk bawak duit Emergency. takut kalau kalau terjadi perkara kecemasan semasa pergi bercuti siapa tahu kan?

5. Packing terlalu banyak

Jangan bawa terlalu banyak pakaian- ingat, anda akan membeli barang semasa anda melancong. Jangan bawa kit pertolongan cemas yang besar. Bawa yang kecil sudah memadai. Jangan bawa lebih daripada tiga pasang kasut. Jangan mengambil lebih daripada dua pasang seluar. Tetapi apa yang anda perlu bawa adalah barang barang mandian seperti sabun, ubat gigi dan berus gigi kerana kebanyakan hotel/asrama tidak menyediakannya.

BACA  Wah! Maria Ozawa Tampil Anggun Mengenakan Kebaya Merah

6. Tak ambil insurans

Ya, anda memang perlukan insurans semasa pergi bercuti. Tak kiralah kalau anda punya plan bercuti hanya duduk di resort selama seminggu. Sebarang kemungkinan/ kemalangan boleh terjadi semasa anda bercuti contohnya bagasi anda hilang, anda jatuh sakit, beribu kemungkinan boleh terjadi semasa anda bercuti.

Jadi, untuk langkah selamat ambil insurans. anda akan rasa sangat puas dan bersyukur untuk amaun yang kecil anda habiskan untuk membeli insurans.