Filem yang memaparkan aksi ‘superhero’ atau adiwira antara filem yang paling dinanti-nantikan. Tolak ketepi pihak produksi yang menghasilkan filem tersebut, setiap adiwira ini punyai peminatnya tersendiri.

5 Pelakon Yang Tidak Lagi Memegang Watak Superhero

Namun begitu, tahukah anda ada diantara watak superhero kesayangan anda telah ‘direhatkan’ dan ada diantara pelakon watak tersebut tidak akan lagi berlakon watak sedemikian. Well its to say goodbye!

5Chris Evans

Sebelum ‘bergelar’ Captain America, Chris Evans terlebih dahulu memegang watak Johnny Storm di dalam Fantastic Four pada¬†tahun 2005 dan 2007. Satu berita yang menyedihkan kerana aktor yang berusia 37 tahun ini bukan sahaja tidak lagi memegang watak Johnny Storm, malah menerusi laporan artikel kami terdahulu turut menyatakan Captain America ini bakal ‘bersara’ dari wataknya. Adakah Avengers pada tahun 2019 adalah yang terakhir buat Cap?

3Robert Downey JR

Seperti Evans, Robert Downey Jr atau lebih dikenali sebagai Ironman ini dikhabarkan akan ‘menggantungkan’ sut tersebut pada 2019. Besar kemungkinan Avengers 2019 adalah kemunculannya yang terakhir memandangkan kontraknya juga sehingga 2019. Lebih 10 tahun malah menjadi wajah pertama filem Marvel, ramai yang tertanya adakah Iron Man yang seterusnya masih berbisa seperti Robert? Siapakah yang lebih layak?

2Chris Hemsworth

Sejak diperkenalkan filem sulungnya pada 2011, Chris Hemsworth berjaya menarik peminat menerusi watak Thor. Namun begitu, satu lagi berita sedih terutamanya peminat Avengers kerana Thor bakal semadikan tukul besinya pada tahun 2019.

1Ben Affleck

Besar kemungkinan juga kita tidak akan melihat lagi Ben Affleck muncul sebagai Batman. Menerusi laporan antarabangsa, Ben dikatakan tidak lagi memegang watak Batman memandangkan pihak produksi ingin memfokuskan filem Batman sewaktu awal kemunculannya dan memerlukan pelakon baru bagi memegang watak Bruce Wayne ketika muda. Nampaknya watak Batman dan Superman terbitan DC sering kali bertukar wajah.

BACA  Gagal Hadir Ke Mahkamah! Norjuma Akan Diberikan Perintah Penyampaian Ganti