Benar! Selepas berakhirnya Big Stage, penyanyi Wani Kayrie akui akan tinggalkan Malaysia pada bulan hadapan dan berada di Indonesia mengikut jejak langkah rakan seperjuangannya, Baby Shima.

Sertai Liga Dangdut Asia

Namun begitu, ianya bukanlah selamanya kerana Wani bakal sertai program Liga Dangdut Asia di Indonesia. Menurut Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah penglibatanya dalam pertandingan Big Stage banyak membantu dirinya untuk sentiasa kuat dari segi mental dan fizikal. Malah segala yang dipraktikkan akan digunakan sebaik-baiknya pada program realiti Indonesia itu.

“InsyaAllah,Wani akan mula membuat semua persediaan dalam masa yang terdekat, Wani akan ke Indonesia pada 15 Oktober ini dan pertandingan itu akan bermula seminggu selepas itu”

Baby Shima Tidak Anggap Sebagai Saingan

Dalam perkembangan lain, Baby Shima tidak menganggap penyertaan Wani sebagai saingannya kelak selepas menyertai program itu. Malah Shima begitu gembira dan berbesar hati setelah mendapat tahu Wani bakal membawa genre dangdut dan bersedia untuk memberi tunjuk ajar sekiranya diperlukan. Kedua-dua penyanyi ini ditemui Hangat.com di konsert akhir Big Stage bertempat di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam.

BACA  [GAMBAR & VIDEO] Finalis AJL33 Berentap Seminggu Lebih Awal di KL Live