Tidak ramai yang tahu selebriti-selebriti popular ini sebenarnya dahulu adalah perokok tegar. Lebih mengejutkan, ada yang mengalami simptom-simptom pelik sejak berhenti daripada merokok. Namun begitu, mereka berjaya menghindarkan diri daripada terjebak semula dengan melakukan pelbagai cara dan teknik. Apa pun, pujian harus diberikan buat 8 selebriti antarabangsa ini!

8 Kisah Pelik Selebriti Untuk Berhenti Merokok

9Barrack Obama 

Percaya atau tidak, Barrack Obama dahulunya merupakan seorang perokok tegar! Mengaku agar sukar memberhentikan tabiatnya itu, Obama terpaksa mengunyah gula-gula Nicorette bagi mengelakkan ketagih. Hasilnya pada 2007 dia berjaya menjauhkan diri daripada tabiat merokok. The real idol bukan?

8Gisele Bundchen

Seperti model yang lain, Gisele menghisap rokok sebagai salah satu cara untuk mengekalkajn bentuk badan yang ramping. Dia mula berhenti merokok pada 2003 dan menjalani kehidupan yang lebih sihat. Meskipun beratnya meningkat sehingga 15kg, dia begitu gembira menjalani gaya hidup sihat serta kini menjadi role model kepada wanita-wanita muda.

7Catherine Zeta-Jones

Tahukah anda, Catherine Zeta-Jones kali terakhir dilihat merokok adalah ketika mengandung buat kali terakhir pada tahun 2003. Seperti yang kita tahu, perempuan mengandung yang merokok berisiko untuk melahirkan bayi pra-matang. Pada 2005 Zeta-Jomes mengumumkan tidak lagi merokok demi anaknya namun begitu pelbagai kepayahan dilaluinya bagi menghentikan tabiatnya yang sejak sekian lama.

6Jennifer Aniston

Pelakon ini mengambil masa hampir setahun untuk benar-benar berhenti merokok pada 2007. Apa yang dilakukannya? Yoga dan bersenam selalu antara langkah yang berjaya diambilnya untuk tidak ketagih.

5Paul Rudd

Ant-Man ini dahulunya adalah seorang perokok! Cara untuknya berhenti merokok adalah cukup unik kerana Paul telah menggunakan teknik, Kerry Gaynor sebuah teknik hypnotherapy yang diasaskan oleh Pakar hypnotherapist di Los Angeles, Kerry Gaynor.

4Matt Damon

Juga menggunakan khidmat hypnotherapy, Matt Damon telah menjalani rawatan tersebut sebanyak tiga kali. Sehinggalah pada akhirnya, dia menyedari akan kesan merokok pada masa akan datang, jadi pendekatan itu digunakannya untuk tidak lagi merokok.

3Ben Affleck

Rakan baik kepada Matt Damon ini juga menggunakan teknik yang sama untuk berhenti merokok. Namun sebelum itu, Ben Affleck merupakan seorang perokok tegar dan pernah menghabiskan 5 kotak rokok dalam masa sehari. Fuhh!

2Charlize Theron

Mengaku dirinya seorang perokok yang tegar hingga merasakan tidak normal, Charlize akhirnya berhenti merokok setelah menjalani rawatan hypnosis dan juga Yoga.

1Cameron Diaz

Teringat pula kami pada lakonannya dalam filem Bad Teacher. Mungkin anda akan mengaitkan tajuk tersebut dengan dirinya kerana Diaz mengaku pernah menghisap rokok hampir 20 batang sehari. Walaupun begitu, pada 2003 dia nekad untuk berhenti setelah sedar ianya memberi kesan terutama kepada ibubapanya.