Setiap orang memiliki alasan tersendiri terhadap jenama kasut yang digemarinya. Kasut merupakan satu kelengkapan penting bagi setiap manusia, tidak kira siapa sekalipun pasti akan memiliki kasut sendiri.

Namun kasut-kasut yang dicipta ini mempunyai keunikannya tersendiri. Pernah tak anda terfikir untuk memiliki sepasang kasut yang sudah rosak atau koyak dengan harga yang mahal sampai memcecah ribuan ringgit?

Jom kita tengok sama ada anda sanggup atau tak untuk membelinya!

4Kasut Warna Putih Kusam dan Kotor Gucci- USD$ 1,250

Menurut artikel dari Shout, tahun 2017 lalu, koleksi Gucci mencuri perhatian  mengeluarkan kasut berwarna putih ini terlihat kusam dan kotor. Meskipun tak terlihat menarik, siapa sangka harga kasut ini agak melampau. Kasut Gucci ini ditawarkan  dengan harga RM 5,168

3Kasut Koyak Rabak Harga – USD$1,425

Dari sumber Time, kasut sneaker dari jenama Margiela mengeluarkan model yang terlihat seperti tak masuk akal. Kasut Margiela ini nampak sudah koyak dan rosak di beberapa bahagian. Layaknya kasut seperti ini sepatutnya berada di dalam tong sampah! Tetapi disebabkan kondisinya sebegitu,  harga sepasang kasut ini mencapai RM 5,891.

2Kasut Ditampal-tampal – USD$ 585

Kasut  keluaran Golden Goose sering membuatkan orang hairan dengan rekaannya. Menurut sumber dari Bustle, kasut tersebut merupakan karya dari pereka Francesca Rinaldo dan Alessandro Gallo. Kasut tersebut sangat berbeza dan bukan semua orang mahu membelinya.

Kasut yang diberi nama Distressed Superstar Sneakers ini seperti rosak dan kotor. Terlihat seperti tidak boleh dipakai. Namun kasut ini dijual sekitar RM 2,418. Menariknya, ada banyak model dan warna yang boleh dipilih.

1Kasut Sneaker Dengan Plaster – USD$ 530

Ini bukan kali pertama Golden Goose menjual  kasut dengan rekaan buruk sebegini. Golden Goose kembali mempamerkan koleksi terbarunya, iaitu Superstar Taped Sneaker. Kasut ini telah mencuri perhatian netizen. Rekaan yang terlihat buruk dan kotor ini dijual dengan harga yang tinggi. Sepasang kasut ini ditawarkan dengan harga RM 2,191. 

Walaupun buruk, jangan terkejut jika kesemua rekaan kasut ini laris di pasaran. Mungkin penggemar fesyen dah mula rasa bosan dengan benda baru. Malah mungkin ia satu kepuasan bagi mereka apabila memakai kasut yang tidak dipakai oleh orang lain, apatah lagi barangan itu sukar ditemui di mana-mana kedai seluruh dunia.

Artikel SebelumnyaMark Adam Beri ‘Amaran’ Buat Penyanyi Muda!
Artikel SeterusnyaWow! 6 ”Life Hacks” Menarik Tentang Carian di Google Yang Ramai Tak Tahu
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.