Semalam, industri hiburan dikejutkan dengan pemergian komposer terkenal, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah yang disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung di Tanjung Pinang, Batam, Indonesia jam 3.05 petang.

IKLAN

Meninggal Akibat Serangan Jantung

Berita itu disahkan ahli keluarga terdekat Allahyarham dan Pak Ngah meninggal dunia akibat serangan jantung. Hangat.com difahamkan jenazah Allahyarham akan dibawa menerusi feri dari Tanjung Pinang menuju ke Pasir Gudang pada jam 2 petang sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Jalan Ampang. Allahyarham bersama isterinya telah berada di sana sejak 21 September lalu atas urusan kerja.

Noraniza Idris Sedih Pemergian Pak Ngah Pada Hari Kelahirannya

Nama Pak Ngah bukanlah asing dalam dunia hiburan, kerana dia begitu dikenali dalam mencipta lagu-lagu Irama Malaysia. Antara penyanyi yang begitu rapat dengan Allahyarham adalah Dato Sri Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris.

BACA  'Cukuplah Dari Dulu Aibkan Suami"- Oktovia Manrose Jawab Tuduhan Bella Astillah

Menerusi Instagram Noraniza, penyanyi Irama Malaysia itu menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham apatah kebanyakan lagunya dicipta sendiri oleh Pak Ngah. Malah lebih menyedihkan hari ini adalah hari ulang tahun yang ke 60 komposer itu yang sama seperti suami Noraniza.

Penyanyi itu memohon maaf kepada suaminya kerana tidak dapat menyambut ulangtahunnya bagi menghormati pemergian Allahyarham Pak Ngah. Sama-sama kita doakan agar roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang yang beriman.