[VIDEO] Biar Betul! Bangunan Baru di Guangxi Menyerupai Bentuk Zakar

Tular, sebuah bangunan baru di Guangxi, China menyebabkan perdebatan dan mendapat banyak kutukan di Media Sosial kerana kemiripannya yang jelas seperti kemaluan lelaki. Netizen mengejek reka bentuk bangunan itu yang kelihatan mirip seperti zakar yang besar yang melekat di atas tanah.

Menurut Shanghaist, Senibina phalic yang diberi nama Guangxi New Media Center ini adalah sebuah pusat hiburan di Guangxi, ia beroperasi pada bulan Ogos yang lalu selepas hampir dua tahun pembinaannya.

Walaupun ramai orang mengutuk dan tidak suka terhadap bangunan itu, media tempatan mempertahankan seni bina itu dengan menjelaskan bahawa reka bentuk itu diilhamkan oleh landskap teres yang boleh didapati di semua tempat terutamanya di wilayah Guangxi dan Yunnan.

Namun, orang ramai masih mendapati sukar untuk tidak menggambarkan bangunan itu sebagai sebuah organ lelaki besar yang melekat pada tanah.

Ini amat jelas apabila ia melancarkan “fireworks” dari hujung bangunan itu semasa perayaan Festival Pertengahan Musim Luruh pada 24 September.