Penyanyi yang kini melebarkan sayapnya di Amerika Syarikat (AS), Yuna Zarai boleh dikatakan antara artis paling berpengaruh di Malaysia. Bahkan, pelantun lagu ‘Terukir Di Bintang’ ini juga mempunyai ramai peminat di Amerika.

Menerusi bakatnya dalam seni suara, sudah tentu Yuna mendapat rezeki berlimpah. Dia juga sudah berkahwin dengan ahli perniagaan, Adam Sinclair pada Januari yang lalu. Sehingga kini Yuna masih kekal di Amerika Syarikat dan meneruskan kerjayanya di sana sejak tahun 2011. Hampir 8 tahun berada di perantauan, Yuna memilih untuk tinggal di sebuah aparment terletak di Los Angeles.

Jadi, bagaimana rumah yang didiami oleh Yuna dan suaminya di sana? Jom lihat video di bawah.

Menerusi video berjudul Sweet Digs VR 360 yang dimuatnaik menerusi laman youtube Refinery29, ternyata Yuna teruja bercerita mengenai kediamannya yang ringkas dan menarik. Yuna memberitahu, dia menyewa aparmen itu dengan harga USD$ 2,000 atau setara RM 8,284 sebulan.

Boleh Ditonton Dengan headset virtual reality (VR)

Lebih hebat lagi, jika anda memiliki headset virtual reality (VR) Cardboard anda akan melihat apatmen Yuna dari setiap sudut.  dengan hanya klik dan seret untuk sudut tontonan video 360. Jika anda tonton video VR pada komputer desktop atau komputer riba, anda hanya perlu klik dan seret untuk sudut tontonan video 360.

5. Bilik Tidur Yang Ringkas

4. Bilik Mandi

3. Hiasan Dalaman ruang tamu

2. Hiasan Bingkai Gambar Pada Dinding 

1. Dekorasi ringkas Dapur dan praktikal seiring dengan keinginan pemilik rumah.

Artikel SebelumnyaSah! Westlife Akan Hasilkan Album Terbaru Pada Tahun Ini
Artikel Seterusnya[VIDEO] Biar Betul! Bangunan Baru di Guangxi Menyerupai Bentuk Zakar
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.