Semalam tular mengenai khabar berita Aiman Tino yang dikatakan telah dimasukkan ke hospital selepas gambarnya mula tersebar dan menimbulkan persoalan dikalangan peminat.

Aiman Sakit Dalam Perut Dan Tonsil Membengkak

Persoalan kepada punca penyanyi itu dimasukkan ke hospital terjawab apabila ibunya, Hazelina Mat Jalil memberitahu Aiman atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri, 20 mengalami sakit dalam perut selain tonsil bengkak. Malah Aiman dikatakan masih dalam pemantauan doktor sejak dimasukkan ke hospital dan akan menjalani pemeriksaan dalam perut hari ini.

“Aiman kini dalam keadaan stabil. Dia dimasukkan ke hospital petang tadi selepas mengadu sakit perut dan ada tonsil di bahagian tekaknya. Badannya juga panas namun buat masa ini doktor masih memantau keadaannya dan Insya-Allah esok dia akan menjalani pemeriksaan perut”

Keluarga Mohon Doakan Yang Terbaik Untuk Aiman

Dalam perkembangan lain, ahli keluarga termasuk kakaknya, Fara Hezel berharap peminat-peminat dapat mendoakan kesihatan Aiman agar segera sembuh dan tidak mengalami sebarang penyakit yang serius. Terdahulu, Aiman pernah dilaporkan mengalami penyakit misteri namun dilaporkan sembuh setelah mendapatkan rawatan.